Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

249) UNIVERSITI MADINAH DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebuah Cawangan Universiti Madinah telah diwujudkan di Selangor. Bila dan dimanakah cawangan ini ditubuhkan?

    MEDIU diiktiraf sepenuhnya sebagai universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan beroperasi di bawah Akta Pendidikan Tinggi  Universiti ini dikendalikan sebagai sebuah badan bukan keuntungan yang didaftarkan pada 23 Jun 2007. Kini Ibu pejabat MEDIU adalah di Shah Alam, MEDIU mempunyai pusat perkhidmatan (Service Center) di luar negara antaranya di Al-Madinah AL-Munawwarah, Kuwait, Cairo, London dan Thailand.

  2. Apakah fakulti-fakulti yang ditubuhkan setakat ini?

    Fakulti-fakulti yang ditubuhkan setakat ini adalah seperti di jadual berikut :

     

    BIL

     

    FAKULTI

     

    BIDANG PENGAJIAN

     

    1

     

    Sains      Pentadbiran dan Kewangan

     

    Peringkat Sarjana Muda 

     

    –         Diploma Sistem Maklumat Perniagaan

    –         Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

     

    –         Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ECommere

     

    2

     

    Sains Islam

     

    Peringkat Sarjana Muda 

     

    –         Ijazah Sarjana Sains Islam Muda Fiqh dan Usul

    –         Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Ususluddin

    –         Ijazah Sarjana Muda Hadith

    –         Ijazah Sarjana Muda Sains Islam, Sains dalam Al-quran

     

     

     

    Bil

     

    Fakulti

     

    Bidang Pengajian

         

    Peringkat Sarjana 

    –         Sarjana Fiqh

    –         Sarjana di dalam Usul Fiqh

    –         Sarjana di dalam Ulum Hadith

    –         Sarjana di dalam Dakwah

    –         Sarjana di dalam Kepimpinan dan Siasah

    Syari’yyah

    –         Sarjana di dalam Fiqh dan Sunnah

    –         Sarjana di dalam bidang Tafsir dan Ulum Quran .

    –         Sarjana di dalam Aqidah

    –         Sarjana di dalam Qira’at

    –         Doktor Falsafah Fiqh ( penyelidikan)

    –         Doktor Falsafah Fiqh dan Sunnah (penyelidikan)

    –         Doktor            Falsafah           Tafsir   dan      U’lum           Quran

    (penyelidikan)

     

    3.

     

    Bahasa

     

    Peringkat Sarjana Muda 

     

    –         Sarjana Muda Kesusasteraan Bahasa Arab

     

    Sarjana 

     

    –         Sarjana Bahasa Arab

    –         Sarjana Kesusasteraan Bahasa Arab

     

    4.

     

    Teknologi Maklumat

     

    Peringkat  Sarjana Muda 

     

    –         Diploma teknologi maklumat

    –         Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

    –         Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan pengurusan maklumat

    –         Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sistem

  3. Bagaimanakah jangkaan perkembangan masa depannya?

    Mediu akan terus menjayakan matlamatnya bagi melahirkan siswazah yang berkualiti dan para sarjana yang memenuhi keperluan masa kini tanpa meminggirkan kualiti keimanan terhadap pencipta. MEDIU akan mempertingkatkan jumlah fakulti dan kursus seperti Fakulti Pendidikan dan Kejuruteraan yang kini di dalam proses kelulusan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Kursus yang diperkenalkan oleh MEDIU akan dipastikan mendapat kelulusan dan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum  dijalankan. Dengan tenaga pakar dari dalam dan luar negara dan teknologi pembelajaran yang dimiliki serta usaha mewujudkan kampus  utama di Selangor Science Park 2, Cyberjaya, MEDIU akan terus berusaha untuk berada di puncak kejayaan dalam merealisasikan misi dan visi.

Lampiran

Tiada Lampiran.