Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

248) PINJAMAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pinjaman Mikro kredit Selangor telah dilancarkan di Sabak Bernam oleh YB Exco Dr Hassan Mohd Ali. Berapa ramaikah rakyat Negeri Selangor yang telah mendapat pinjaman mikro kredit dan berapakah jumlah wang yang terlibat ?

    Bilangan dan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan adalah seperti berikut:

    Maklumat Pengeluaran Pembiayaan Sehingga 25hb. Oktober 2010

    Bil. Daerah Bil. Peminjam Jumlah

    Pembiayaan(RM)

    1. Sabak Bernam 190 540,500.00
  2. Sila senaraikan nama-nama DUN yang telah menjalankan skim mikro kredit ini.

    DUN yang terlibat ialah Sekinchan, Sabak dan Sungai Panjang.

  3. Apakah syarat-syarat seseorang itu untuk melayakkan dirinya menerima bantuan mikro kredit ?

    Antara syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan skim ini adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun.
    2. Isi rumah berpendapatan RM1,500.00 sebulan atau RM350.00 perkapita.
    3. Taraf bermastautin di Selangor melebihi 2 tahun.
    4. Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.