Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

242) MODERN PIG FARMING DI TUMBUK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan Projek Modern Pig Farming di Tumbuk sekarang?

    Kerajaan Negeri akan melihat kajian kemungkinan yang akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri pada 15 November 2010 oleh Syarikat PPAD Integrated (M) Sdn. Bhd. Kajian tersebut akan menentukan sama ada projek ini wajar teruskan atau sebaliknya.

  2. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri semasa ingin melaksanakan projek ini?

    Memandangkan projek ini masih di dalam peringkat kajian kemungkinan maka masalah yang dijangka adalah seperti:-

    1. Keengganan tuan tanah menyerahkan tanah untuk dibangunkan
    2. Keengganan/ karenah penternak yang akan meletakkan pelbagai syarat untuk berpindah
    3. Penerimaan masyarakat bagi melaksanakan projek ini
  3. Sehingga kini, ada berapakah syarikat-syarikat yang sedia bekerjasama melaksanakan projek in?

    Terdapat enam ( 6 ) syarikat yang berminat untuk membangunkan projek ini dengan mengemukakan pelbagai kaedah, teknologi dan agihan keuntungan yang bakal diterima oleh penternak.

Lampiran

Tiada Lampiran.