Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

230) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk memulihkan TKPM yang kebanyakannya gagal atau tidak mencapai sasaran?

    Jabatan Pertanian telah merancang beberapa penambahbaikan ke arah transformasi pertanian secara menyeluruh agar pencapaian TKPM dapat ditingkatkan. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan secara berterusan ialah :

    1. Pemuliharaan Sumber Tanah
    2. Peserta Projek Yang Berdaya Maju
    3. Amalan Teknologi Pertanian Moden
    4. Amalan Pertanian Baik ( GAP )
    5. Rangkaian Pemasaran ( Agribazaar )
    6. Nilai Tambah Produk ( Industri Asas Tani )

     

    1. Pemuliharaan Tanah Yang Bermasalah:

    Tanah-tanah di TKPM kebanyakannya adalah tanah bermasalah iaitu tanah gambut  ( TKPM H.Chuchoh, Sg Blankan,Sg Kelambu,Kg Kundang, Sg Panjang ), tanah bekas lombong ( Hulu Yam, Bistari Jaya, Semenyih ) dan tanah berbukit ( Batu Arang, Batangsi )Oleh itu usaha-usaha pemuliharaan tanah berkenaan seperti pengapuran, penggunaan baja organik, pembinaan teres dan tapak tanaman  dilakukan secara berterusan  agar tanah yang bermasalah dapat dipulihkan dengan kadar yang lebih cepat dan kos yang murah.

    1. Peserta Projek Yang Berdaya Maju:
    • Sebahagian daripada peserta TKPM masih mendapat pulangan hasil dan pendapatan yang rendah disebabkan faktor kurang mahir menguruskan ladang mengikut kaedah yang betul. Oleh yang demikian peserta-peserta ini akan diberikan latihan kemahiran dalam aspek pengurusan ladang, pengurusan masa dan mematuhi disiplin sebagai pengusaha/peniaga dalam sektor pertanian.
    • Pemilihan peserta juga akan diperketatkan di mana bakal peserta perlu menunjukkan bahawa mereka benar-benar berminat, mahir dalam bidang yang dijalankan serta mempunyai modal yang kukuh
    1. Amalan Teknologi Pertanian:

    3.1 Teknologi merupakan aspek penting dalam industri pertanian dan sebahagian peserta TKPM belum sepenuhnya menggunakan teknologi yang ada.Oleh yang demikian usaha akan dilakukan agar peserta mendapat maklumat dan mengamalkan teknologi pertanian terutama dalam aspek:

    1. i) Penggunaan benih dan varieti tanaman yang berkualiti dan disyorkan Jabatan

    Pertanian ii) Penggunaan baja berasaskan mikrob ( organik ) yang boleh meningkatkan tahap kesuburan tanah dan keupayaan pokok menyerap sumber nutrien.Ini juga meliputi penggunaan kawalan musuh dan penyakit secara organik

    • Amalan teknologi mekanisasi ladang bagi mengurangkan tenaga manual.
    • Penggunaan teknologi sistem pengairan yang lebih efisien.

     

    1. Amalan Pertanian Baik ( GAP ):
    • Penggunaan benih dan varieti yang bermutu
    • Penyertaan peserta dalam persijilan SALM dan SO
    • Penggunaan racun makhluk perosak yang betul dan mengikut kadar MRL yang dibenarkan

     

    1.        Pemasaran:
    1. Adalah didapati bahawa masalah utama yang sering dihadapi peserta adalah harga pasaran yang tidak menentu , lambakan hasil pertanian dan kurang rangkaian dalam pasaran dalam dan luar negara.Oleh yang demikian peserta TKPM akan dibantu dalam maklumat pasaran hasil pertanian terkini ( FAMA XCHANGE ) dan sistem rangkaian pasaran ( AGRIBAZAAR oleh Jabatan Pertanian )
    2. Peserta-peserta projek TKPM juga akan didedahkan dengan lebih banyak berkaitan pasaran melalui internet dan penyertaan peserta projek dalam program Ladang Kontrak yang dikelolakan oleh pihak FAMA.

     

    1.        Nilai Tambah Produk:
    1. i) Hasil bahan mentah pertanian jika diproses akan memberikan pulangan yang lebih baik dan tahan lama. Oleh yang demikian peserta-peserta TKPM digalakkan menambah nilai produk dengan memproses bahan mentah seperti ubi kayu, keledek, pisang, nanas dan lain-lain agar dapat dipasarkan dengan lebih baik hingga eksport ke luar negara. Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan premis, kilang dan pusat jualan produk nilai tambah dari peserta TKPM.
  2. Berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk Projek TKPM dalam tahun 2009 mengikut lokasi?

    Perbelanjaan pembangunan TKPM Selangor bagi tahun 2009 adalah seperti berikut :

     

    TKPM

     

    Perbelanjaan ( RM )

     

    Nilai Pengeluaran (RM )

    1. Hulu Chuchoh 50,000.00 1,347,278.40
    2. Sg. Blankan 400,000.00 2,360,225.85
    3. Bistari Jaya 350,000.00 2,145,112.67
    4. Bukit Changgang 150,000.00 1,242,163.40
    5. Semenyih 110,000.00 871,930.37
    6. Hulu Yam 400,000.00 12,761,480.00
    7.         Pusat         Komoditi

    Serdang

    100,000.00 78,750.50
    8. Sg. Kelambu 450,000.00 941,361.75
    9. Sg. Batangsi 500,000.00 419,395.00
    10. Kundang 450,000.00 244,356.80
    11. Sg. Panjang 150,000.00 90,900.00
    12. Batu Arang 100,000.00 181,047.45
     

    Jumlah

     

    3,180,000.00

     

    22,684,001.74

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.