Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

227) PENYENGGARAAN BAN / BENTENG PANTAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan ban-ban dan benteng-benteng yang dibina di sepanjang pantai di Negeri Selangor sentiasa selamat daripada ancaman hakisan pantai ?

    Hakisan pantai adalah satu fenomena alam yang akan berlaku berterusan di mana ianya berpunca daripada ancaman ombak yang berlaku ketika ribut semasa air pasang. Ban-ban pantai di sepanjang pantai di negeri Selangor direka bentuk dan dibina untuk melindungi dan memastikan air laut tidak masuk ke kawasan pertanian, pekan kecil dan juga kawasan-kawasan perkampungan tepi pantai. Namun begitu, disebabkan kenaikan paras air laut menyebabkan ban-ban tersebut terdedah kepada risiko overtopping dan terhakis terutama ketika air pasang besar.

    Pemantauan bulanan dan penyelenggaraan ban seperti kerja-kerja memperkukuh dan menaiktaraf ban serta pengawalan hakisan pantai seperti pembinaan lapisan lindung batu dilaksanakan mengikut keperluan dan keadaan semasa untuk melindungi ban-ban pantai tersebut daripada ancaman ombak yang menyebabkan hakisan.

     

  2. Berapakah peruntukan yang telah disediakan untuk menyenggarakan ban-ban dan benteng-benteng tersebut tahun 2010 ?

    Bagi Tahun 2010, peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyenggara ban-ban pantai adalah berjumlah RM660,000.00.

    Maklumat Tambahan :

    Peruntukan ini telah diagihkan untuk empat daerah berpantai yang terlibat iaitu :-

    1. RM100,000.00 untuk Daerah Klang bagi kerja-kerja menaiktaraf dan memperkukuh benteng pantai
    2. RM200,000.00 untuk Daerah Kuala Langat bagi kerja-kerja membaik pulih benteng pantai,
    3. RM240 ribu untuk Daerah Kuala Selangor bagi kerja-kerja menaiktaraf struktur hakisan pantai
    4. RM120,000.00 untuk Daerah Sabak Bernam bagi kerja-kerja membina dan menyiapkan struktur kawalan hakisan pantai

Lampiran

Tiada Lampiran.