Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

221) JPS ( PERPARITAN DAN PENGAIRAN )

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah Peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2010 untuk menyelenggara parit-parit sebu di dalam kawasan kampungkampung di luar bandar ?

    Secara keseluruhan, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapat peruntukan Mengurus sebanyak RM24.892 juta. Daripada jumlah itu sebanyak RM15.253 juta diperuntukkan bagi kerja menyelenggara parit sebu di dalam kawasan kampungkampung di luar Bandar.

  2. Sila senaraikan pembahagian peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor

    Pembahagian peruntukan adalah seperti yang berikut:

    BIL DAERAH PECAHAN PERUNTUKAN
    1 Hulu Selangor 712,500.00
    2 Hulu Langat 800,000.00
    3 Kuala Selangor 5,000,000.00
    4 Petaling 0.00
    5 Klang 1,000,000.00
    6 Sabak Bernam 3,900,000.00
    7 Sepang 1,230,000.00
    8 Kuala Langat 2,065,500.00
    9 Gombak 545,000.00

     

  3. Sila nyatakan perbelanjaan yang telah dilaksanakan sehingga bulan September 2010.

    Perbelanjaan keseluruhan sehingga bulan September adalah sebanyak RM13 juta iaitu 86%. Pecahan perbelanjaan adalah seperti yang berikut:

    DAERAH PERBELANJAAN

    (RM)

    PRESTASI

    (%)

    Hulu Selangor 240,793.00 34
    Hulu Langat 720,000.00 90
    Kuala Selangor 4,850,000.00 97
    Petaling 0.00 100
    Klang 920,000.00 92
    Sabak Bernam 2,925,000.00 75
    Sepang 1,045,500.00 85
    Kuala Langat 1,858,950.00 90
    Gombak 517,750.00 95
    Jumlah 14,054,268.50 86

                 

Lampiran

Tiada Lampiran.