Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

210) PENERIMAAN BANTUAN ZAKAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima bantuan zakat mengikut daerah?

    Jumlah penerima bantuan zakat mengikut daerah adalah seperti berikut:-

    BIL DAERAH FAKIR 2010 MISKIN 2010 JUMLAH KESELURUHAN
    1. SABAK BERNAM 280 2972 3252
    2. KUALA SELANGOR 2192 1556 3748
    3. KLANG 686 1625 2311
    4. KUALA LANGAT 1456 1085 2541
    5. SEPANG 107 546 653
    6. HULU LANGAT 1863 2188 4051
    7 GOMBAK 1011 1310 2321
    8. HULU SELANGOR 1277 919 2196
    9. PETALING 494 1621 2115
    10. DESA KASIH/EHSAN 64 236 300
      JUMLAH 9,430 14,058 23,488 

     

  2. Berapakah jumlah yang diterima setiap seorang mengikut kategori?

    Jumlah yang diterima setiap seorang mengikut kategori adalah seperti berikut:-

    KADAR AGIHAN BANTUAN ZAKAT SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

    DAN HARI RAYA ASNAF FAKIR DAN MISKIN

    KATEGORI FAKIR KATEGORI MISKIN
    TT 600 TT 550
    T1 650 T1 600
    T2 700 T2 650
    T3 750 T3 700
    T4 800 T4 750
    T5 850 T5 800
    T6 900 T6 850
    T7 950 T7 900
    T8 1000 T8 950
        T9 1000

    TT = Tiada Tanggungan

    T = Tanggungan

  3. Apakah kriteria yang menyebabkan penerima zakat sedia ada diberhentikan?

    Kriteria yang menyebabkan penerima zakat sedia ada diberhentikan adalah kerana:-

    1. Tidak menepati takrifan asnaf fakir atau miskin
    2. Telah melebihi Had Al-Kifayah sebagaimana yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Selangor.
    3. Tidak menepati Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat serta Pekeliling yang dikeluarkan oleh LZS.
    4. Masih boleh berusaha bagi mendapatkan sumber pendapatan.

    Nota:-

    Bagi Kes bantuan bulanan maksimum tempoh penerimaan hanya untuk 6 bulan sahaja kecuali bagi mereka yang kritikal sahaja seperti:-

    1. Hidup sebatang kara yang tidak disara oleh mana-mana pihak
    2. Hilang tempat bergantung seperti di tinggal /dicerai oleh suami tanpa sebarang pendapatan atau pekerjaan.
    3. Mempunyai tanggungan yang ramai 5 ke atas dengan syarat hidup amat memerlukan bantuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.