Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
205) PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT KAFA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 32: ÒPada pendapat Audit, pengurusan rekod dan maklumat SIMPENI adalah tidak memuaskan. Penyelia KAFA hendaklah mengemas kini data pada setiap bulanÓ. Jabatan tidak memberi ulasan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Apakah punca-punca utama yang menjadi sebab kepada kelemahan ini?
Sistem online telah dibangunkan oleh JAKIM untuk diguna oleh semua negeri di Malaysia. Walaubagaimanapun sisten ini mempunyai kelemahan dan sukar untuk diakses menyebabkan kerja mengemaskini data tidak dapat dilakukan seperti yang dikehendaki.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan untuk mengatasi kelemahan di atas?
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan ialah :-
- Mengusul dan memaklumkan kepada pihak ICT JAKIM bagi mengemaskini sistem kepada lebih pantas dan lebih baik
- Mengadakan Bengkel Sistem Simpeni berpusat yang diurusetia oleh JAKIM 3 kali setahun bagi mengemaskini maklumat, murid dan sekolah.
-
Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang diperlukan bagi memenuhi piawaian Audit terhadap kelemahan ini?
Kerja – kerja untuk penambahbaikan sistem adalah tanggungjawab JAKIM dan Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam mengeluarkan peruntukkan bagi tujuan tersebut.