Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

200) PROJEK-PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek-projek rumah terbengkalai yang telah dipulihkan semula oleh Kerajaan Negeri/ Sila nyatakan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri serta status pemulihan projek-projek tersebut.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 22 projek terbengkalai yang melibatkan 8,879 unit telah berjaya dipulihkan dari Mac 2008 sehingga 15 Oktober 2010. Senarai projek tersebut seperti  berikut :

                   PROJEK NAMA PEMAJU  UNIT
    Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 Unit
    2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Transhabour Sdn Bhd 258 Unit
    3 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14, Taman Sri Andalas, Mukim Klang URC Housing Sdn Bhd 28 Unit
    4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer

    Sdn. Bhd & Tetuan

    Willow Construction

    Sdn. Bhd

    30 unit
    5 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd. 196 Unit
    6 Taman Prima Selayang Di Atas Lot

    8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510

    & Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak

     

    Kansas Corporation

    Sdn Bhd

    220 Unit

     

    7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit  
    8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit  
    9 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd 33 Unit  
    10 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn.

    Bhd. JV Tetuan

    Yayasan Selangor

    77 Unit  
    11 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat

    Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam

    Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd 1,514 Unit  
    12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad 30 unit  
    13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB /Unique Creation 580 Unit  
    14 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4

    Tingkat Taman Serdang Perdana,

    Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling

    Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd.

     

    512 Unit  
    15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan

    Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang

    Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling

    Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd. 1,316 Unit  
    16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9

    C, 9F, 12, 19  dan 21

    Talam Corporation Bhd. 1,447 Unit  
    17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2

    Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2

    Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang,

    Daerah Hulu Langat (MPAJ)

    Tetuan Koperasi

    Serbaguna Anak-Anak

    Selangor Berhad

     

    203 Unit  
      18 Projek Pembesaran Kampung Gesir Tengah, Daerah Hulu Selangor HRK Holdings Sdn. Bhd. 128 Unit
      19 Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Windhill

    Development &

    Construction Sdn. Bhd.

    100 Unit
      20 Taman Nilam,  Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Richmall Sdn. Bhd. 84 unit
      21 Taman Khalid Al-Walid, Shah Alam

     

    Diambilalih Oleh SPNB 48 Unit

     

      22 Lagoon Perdana, USJ2, Subang Jaya. IJM / Tetuan Tenaga Gagah Sdn. Bhd. 1,052 Unit
        Jumlah Pembeli/Unit 8,879 unit  

    Untuk makluman Yang Berhormat,  pembangunan semula projek-projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang diumumkan dalam Bajet 2010.   Anggaran kos pemulihan projek sebanyak RM5 bilion diperlukan bagi membaik pulih dan memodenkan perumahan kos rendah di samping menjana ekonomi dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Nilai Pembangunan Kasar (GDV) pula dijangka sebanyak RM 7 bilion hingga RM 9 bilion.  Walau bagaimanapun,  buat masa ini suntikan dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri  bagi memulihkan projek-projek terbengkalai  kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self  financing (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

    (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan pengambilan tanah yang membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik dan tinggi nilainya serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung defisit tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.