Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
192) SALURAN PENYIARAN DAN PENERBITAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perolehan pendapatan dan juga kerugian yang ditanggung daripada TV Selangor dan Akhbar Selangorkini oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Matlamat utama mana-mana jabatan penerangan ialah mengeluarkan kos untuk menyebar secara meluas maklumat kepada rakyat. Objektif utamanya bukan membuat keuntungan. Justeru sebagai “cost centre” perkiraan utamanya bukan soal kerugian di segi kewangan tetapi lebih berbentuk dividen dalam konteks kefahaman rakyat terhadap dasar, inisiatif dan keputusan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk TV Selangor mengadakan suatu saluran di dalam Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Bahasa Tamil?
Buat masa ini, CCSB lebih memberi tumpuan kepada operasi yang sedia ada.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan untuk menerbitkan Selangorkini dalam Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil pada masa hadapan?
Kerajaan Negeri telah pun memberi kebenaran kepada CCSB untuk menerbitkan Selangorkini dalam versi bahasa Inggeris dan Cina yang akan bermula 26 Nov 2010. Sementara itu akhbar Selangorkini versi Tamil masih lagi dalam perancangan.