Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
181) MASALAH PUSAT PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pusat sisa pepejal yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan sejauh manakah tahap pencemarannya terhadap persekitaran kawasan tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah keluasan tanah dan anggaran kos untuk pembinaan sesebuah pusat sisa pepejal yang baru ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang lebih canggih dan mesra alam bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pelupusan sisa pepejal yang semakin kritikal ?