Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

170) PUSAT HIBURAN HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pusat hiburan tanpa lesen didakwa banyak beroperasi di Selangor yang juga menyebabkan masalah pelacuran. Nyatakan statistik serbuan, rampasan, nilai sitaan barangan dan kompaun yang dikeluarkan mengikut PBT-PBT?

    Berikut disenaraikan bilangan Pusat Hiburan yang telah diambil tindakan mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor untuk tahun 2010:

    PBT Serbuan Premis di kompaun Premis disita Nilai sitaan (RM) Premis ditutup Premis tidak berlesen
    MBSA 30 15  9  50,000.00 0 9
    MBPJ 86 43 32  190,000.00 7 0
    MPK  7 0 7 13,000.00 3 0
    MPAJ  107 72 22 12,000.00 7 0
    MPSJ 23 34 38 300,000.00 4 34
    MPS  12 30 5 50,000.00 10 30
    MPKj 39 22 9 1,300.00 2 21
    MPSp 2 9 1 20,000.00 1 0
    MDKS  15 15 9 3,900.00 0 8
    MDHS 3 3 0 0 .00 0 0
    MDKL 20 37 0 10,000.00 0 31
    MDSB 78 9 0 2,650.00 0 0
    Jumlah 422 289 132 652,850.00 34 133
  2. Adakah setiap PBT memantau jumlah pusat hiburan tanpa lesen dan berapakah anggaran jumlah pusat tersebut mengikut kategori dan PBT pada waktu ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau lesen –lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor. Sebanyak 133 premis pusat hiburan tanpa lesen yang dapat dikesan di Negeri Selangor. Pemberian lesen untuk aktiviti tersebut telah dibekukan dalam Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan berikutan bilangan sedia ada telah mencukupi. Kerajaan Negeri dalam peringkat kajian menambah baik Undang – undang Kecil bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan selain pemantauan yang kerap oleh PBT

  3. Apakah pendekatan yang dilaksanakan oleh PBT untuk mencegah pertumbuhan pusat hiburan tanpa lesen?

    Kerajaan Negeri memandang serius tentang perkara ini dan telah mengarahkan supaya semua PBT menjalankan operasi bersepadu secara berkala untuk membendung perkara ini terutamanya mengambil tindakan menutup premis –premis yang tidak berlesen. Dalam masa yang sama, PBT juga memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak Polis untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha premis yang tidak berlesen untuk menahan dan mendakwa mereka di mahkamah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.