Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

164) NON REVENUE WATER (NRW)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar Non Revenue Water (NRW) untuk Negeri Selangor mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2010?

    Berasaskan kepada pengawalan dan pemantauan SYABAS, kadar NRW untuk seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diturunkan dari 42.78 pada 1 Januari 2005 kepada 32.43% pada September 2010. Pecahan kadar purata NRW bagi daerah-daerah di Negeri Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya adalah diringkaskan seperti berikut :

     

     

    Daerah

     

    200 7

    (NRW %)

     

    2008 

    (NRW %)

     

    2009 

    (NRW %)

    2010-11-04

    (Purata sehingga 30

    Sept 2010)

    (NRW %)

    Hulu Langat 36.29 31.96 29.32 29.83
    Hulu Selangor 39.23 39.46 37.03 37.41
    Kuala Langat 37.43 40.64 36.50 41.43
    Kuala

    Selangor

    43.55 36.69 37.75 36.33
    Sabak Bernam 40.49 39.25 32.81 33.34
    Sepang 24.48 24.43 24.08 23.99
    Gombak 35.77 35.10 34.74 34.48
    *Klang, Kuala

    Lumpur, Petaling

    33.75 33.29 31.30 31.36
    Keseluruhan 34.39 33.17 32.38 32.43

     

    * Nota :Analisa Imbangan Air bagi Klang, Kuala Lumpur & Petaling dihimpunkan sebagai satu zon berikutan jajaran paip yang kompleks dan kawasan tersebut tidak dapat diasingkan buat waktu ini.

    Tahap NRW keseluruhan bagi Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya telah kekal pada tahap 32 – 33% dalam tempoh 2008 – 2010 disebabkan pembekuan CAPEX oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan semenjak Ogos 2008 kerana proses rundingan penstrukturan semula bekalan air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang dijalankan.

  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar Non Revenue Water (NRW)?

    Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd telah menyediakan Pelan Induk (Master Pelan) untuk Pengurangan Air Tidak Berhasil dilaksanakan secara berperingkat bagi mencapai sasaran Pengurangan Air Tidak Berhasil di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

    Program-program strategik yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil adalah seperti berikut :

    PROGRAM MENGURANGKAN KEHILANGAN AIR FIZIKAL

    1. Penggantian paip utama dan paip komunikasi yang usang
    2. Pengurangan Tekanan Air (“Pressure Management’
    3. Pembentukan Zon Pemeteran Daerah (District Metering Zone)
    4. Pengawalan Limpahan Kolam
    5. Active Leak Detection

    PROGRAM MENGURANGKAN KEHILANGAN AIR KOMERSIAL

    1. Penggantian meter-meter rosak, tersekat atau tidak berfungsi.
    2. Program menggantikan meter dengan ukuran yang sesuai
    3. Penggunaan jenis meter AMR Electromagnetic Flow Meters untuk pengguna akaun tinggi.
    4. Penguatkuasaan terhadap sambungan haram
    5. Menambah baik disiplin serta kualiti bacaan oleh pembaca meter.

    LAIN-LAIN PROGRAM SOKONGAN

    1. Pembangunan sistem perkhidmatan aduan pengguna yang beroperasi 24 jam (PUSPEL) untuk pengguna melaporkan kes paip pecah dan bocor dan lain-lain aduan dengan kadar segera.
    2. Pembaikan paip pecah dan bocor dengan cepat dan berkualiti.
    3. Pendaftaran dan pemetaan aset dan sambungan pengguna di dalam GEOCODING.
    4. Pembangunan sistem SCADA dan memantau melalui Pusat Operasi.
    5. Mempertingkatkan garis panduan dan penentuan dalam semua pembangunan sistem bekalan baru oleh syarikat dan pemaju.
  3. Apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada pihak yang dapat mencipta inovasi bagi menjimatkan dan kitar semula air bagi pembangunan mampan?

    Kerajaan Negeri Selangor memang menggalakkan mana-mana pihak untuk mencipta inovasi bagi menjimatkan dan kitar semula air bagi tujuan pembangunan mampan.

Lampiran

Tiada Lampiran.