Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
159) MENYEWA TANAH KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan pihak manakah yang meluluskan penyewaan tanah kerajaan dan kriteria yang digunakan. Sila nyatakan kenapa pihak tertentu diberikan kuasa yang besar?
Tidak ada peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 yang mana kerajaan boleh dibenarkan untuk sewaan melainkan ia boleh dilupuskan secara pemberimilikan. Lesen Pendudukan Sementara, permit mengusahakan dan lainlain adalah dibenarkan. Pihak Berkuasa Negeri merupakan pihak yang berkuasa meluluskan permohonan ataupun mana-mana pegawai yang diberikan kuasa berbuat demikian.
-
Adakah ADN berkenaan akan dimaklumkan dan diberi peluang untuk komen satu permohonan. Sila jelaskan
Semua permohonan akan diproses setelah mendapat laporan-laporan daripada Jabatan Teknikal yang perlu. Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan diperlukan sebelum dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Setakat ini, laporan atau komen daripada ADN tidak termasuk sebagai laporan Jabatan Teknikal.
-
Sila sebutkan di manakah sistem check & balance dalam perkara ini?
“Check & Balance” wujud semasa proses ini dijalankan di mana semua ulasan daripada Jabatan Teknikal adalah perlu bagi memastikan sesuatu permohonan dan keputusan dibuat secara adil dan telus.