Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

152) PELABURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2009 mengikut pecahan daerah ?

    Jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2009 mengikut pecahan daerah adalah seperti jadual di bawah;-

    Jadual 1 (a) : Projek Perkilangan Yang Diluluskan Di Negeri Selangor Bagi Tempoh

    Januari Hingga Julai 2010

    Daerah Projek Peluang pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 82 4,518 756,429,026 712,309,334 1,468,738,360
    Klang 54 4,624 634,722,301 618,685,137 1,253,407,438
    Kuala Selangor 11 1,723 410,775,762 33,830,136 444,605,898
    Hulu Langat 16 575 99,229,114 57,107,016 156,336,130
    Gombak 14 831 133,602,410 19,704,400 153,306,810
    Kuala Langat 9 495 161,776,999 141,321,478 303,098,477
    Hulu Selangor 3 149 41,437,548 1,627,452 43,065,000
    Sepang 5 164 27,850,000 0 27,850,000
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0
    Lain-Lain Kawasan 3 187 10,542,000 21,380,000 31,922,000
    Jumlah   197   13,266   2,276,365,160   1,605,964,953   3,882,330,113

    Jadual 1 (b) : Projek Perkilangan Yang Diluluskan Di Negeri Selangor Bagi Tempoh

    Januari Hingga Julai 2009

     

    Daerah Projek Peluang pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 58 2,752 507,888,595 667,152,070 1,175,040,665
    Klang 39 2,138 490,571,440 567,725,130 1,058,296,570
    Kuala Selangor 6 435 33,887,058 43,936,000 77,823,058
    Hulu Langat 17 1,194 63,733,387 145,538,260 209,271,647
    Gombak 5 647 46,605,814 37,206,924 83,812,738
    Kuala Langat 7 715 77,306,828 2,321,200 79,628,028
    Hulu Selangor 3 98 17,406,240 803,760 18,210,000
    Sepang 0 0 0 0 0
    Sabak Bernam 1 66 9,500,000 0 9,500,000
    Lain-Lain Kawasan 2 14 6,400,000 172,800 6,572,800
    Jumlah 138 8,059 1,253,299,362 1,464,856,144 2,718,155,506

    Sumber : MIDA

     

  2. Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?

    Bagi tempoh Januari hingga Julai 2010 negeri Selangor merekodkan prestasi yang cemerlang di dalam menarik pelaburan. Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di mana sebanyak 197 buah projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3.88 bilion. Ini diikuti oleh negeri Johor dengan RM 2.73 bilion daripada 108 projek perkilangan dan Pulau Pinang mencatatkan sebanyak RM 2.25 bilion daripada 73 projek yang diluluskan.

    Jadual 2 : Projek Perkilangan Yang Diluluskan Bagi Tempoh Januari Sehingga Julai 2010 Mengikut Pecahan Negeri.

    Daerah Projek Peluang pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Selangor 197 13,266 2,276,365,159 1,605,964,954 3,882,330,113
    Johor 108 10,327 1,579,291,594 1,150,605,064 2,729,896,658
    Pulau Pinang 73 4,942 738,059,784 1,508,460,830 2,246,520,614
    Kedah 30 3,168 275,736,922 1,585,035,422 1,860,772,344
    Sarawak 27 3,093 244,440,933 1,377,843,146 1,622,284,079
    Perak 27 3,110 737,034,069 873,334,784 1,610,368,853
    Sabah 20 3,133 402,959,969 408,189,714 811,149,683
    Melaka 21 2,888 144,461,413 601,542,319 746,003,732
    Negeri Sembilan 23 3,412 207,347,168 309,360,236 516,707,404
    Terengganu 4 113 268,298,680 0 268,298,680
    Kelantan 5 1,328 87,331,000 82,224,000 169,555,000
    Pahang 6 282 26,731,756 52,375,425 79,107,181
    W. P. Kuala Lumpur 3 137 32,172,606 0 32,172,606
    W. P. Labuan 1 30 14,866,935 0 14,866,935
    Perlis         0
    Belum ditentukan 0 0 0 0 0
    Jumlah 545 49,229 7,035,097,988 9,554,935,894 16,590,033,882

    Sumber : MIDA

  3. Sila nyatakan sejauh manakah keyakinan para pelabur terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban ?

    Para pelabur berpandangan positif dan masih berkeyakinan tinggi terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Ini terbukti dimana sebanyak 45% atau RM 1,765,367,211 daripada jumlah pelaburan yang dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Julai 2010 iaitu sebanyak RM 3,882,330,113 adalah daripada projek pengembangan dan penambahan pelaburan daripada syarikat-syarikat yang sedia ada di Negeri Selangor.

    Sebanyak 55% atau RM 2,116,962,902 pula adalah daripada projek-projek baru

Lampiran

Tiada Lampiran.