Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

150) BANDAR SELAMAT DAN TANPA HALANGAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mencegah jenayah di kawasan perbandaran?

    Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi mewujudkan bandar dan pekan selamat. Program ini telah diperakukan oleh Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-52 pada 11 Oktober 2004 untuk dilaksanakan di semua PBT di seluruh negara dan kerajaan Negeri diminta untuk memantau pelaksanaannya. Sehingga Januari 2010, sebanyak 39 PBT yang bertaraf bandaraya dan perbandaran telah menyertai Program Bandar Selamat dan JPBD telah memantau kemajuan pelaksanaan Program Bandar Selamat.

    Pihak Kerajaan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) juga telah memperakukan pelaksanaan 3 strategi dan 23 langkah-langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat. Mulai November 2009,  program bandar selamat yang diperkenalkan pada tahun 2004 telah dibuat kajian semula dan penakrifan baru oleh  Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia bagi menambahbaik program bandar selamat ini supaya ianya dapat mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir 2010. Jenayah jalanan merangkumi jenayah ragut, samun tanpa bersenjata api dan samun berkawan tanpa bersenjata api.

    Kajian semula Program Bandar Selamat sedia ada merupakan di antara aktiviti

    NKRA di bawah tindakan KPKT. Lanjutan itu, JPBD bersama stakeholders Program Bandar Selamat telah berbincang dan bersetuju untuk memantapkan 23

    Langkah Program Bandar Selamat kepada 15 Langkah. Program Bandar Selamat dipinda dan dimantapkan berdasarkan keberkesanaan pelaksanaan program di PBT, cadangan NKRA Lab Jenayah serta pandangan daripada wakil Kementerian Dalam Negeri, Polis DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, JPBD Negeri dan NGO.

  2. Apakah rancangan dan sasaran kerajaan dalam mewujudkan kemudahan dan infrastruktur perbandaran yang mesra OKU?

    1. Selaras dengan saranan kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan Negeri Selangor sebagai mesra OKU dan bebas halangan. Salah satu pelan tindakan LA21 adalah memberi penekanan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di mana golongan tersebut adalah sebahagian daripada masyarakat yang berhak menerima perkhidmatan dan kemudahan yang sama rata.

     

    PBT dan NGO yang terlibat akan memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang kebolehan dan terasing.

    Di peringkat PBT turut mengadakan program yang melibatkan kepentingan golongan OKU di samping memberi peluang kepada golongan tersebut terlibat sama dengan sebarang perancangan pembangunan di peringkat PBT.

     

     

  3. Apakah kemajuan dan kemungkinan setiap PBT melibatkan pasukan penguatkuasa dalam rondaan keselamatan.

    Setakat ini, pihak PBT menggalakkan persatuan penduduk menubuhkan pasukan keselamatan seperti rukun tetangga, pasukan rondaan taman sukarela di kawasan masing- masing. Pihak PDRM turut membuat rondaan dan pemantauan keselamatan ke kawasan- kawasan sekitar terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai ’hot spot’

Lampiran

Tiada Lampiran.