Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

144) HUTANG KUMPULAN TALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan jelas status penstrukturan semula hutang Kumpulan Talam dengan Kerajaan Negeri. Daripada sejumlah RM 392 juta aset yang telah dikenal pasti sebagai nilai aset-aset Kumpulan Talam yang dijangka diambil alih oleh Kerajaan Negeri, berapa peratusan dan jumlah sebenar yang telah berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri? Sila jelaskan ke manakah hutang yang dikutip ini disalurkan.

    Dalam penstrukturan pengiktirafan hutang TALAM Corporation dengan Kerajaan Negeri, jumlah hutang sebanyak RM392 Juta adalah bersamaan nilai aset TALAM yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan akan memperolehi semua bayaran pulangan iaitu RM392 Juta. Setakat ini senarai jumlah yang telah dikutip adalah seperti berikut :-

    Bil Hartanah Nilai

    Jualan

    RM (Juta)

    1. Tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung telah dibeli oleh PKNS 16.91
    2. Tanah 2,773 ekar di Bestari Jaya dibeli oleh PNSB 181.0
    3. Tanah 1322 ekar di Bukit Beruntung dibeli oleh PNSB 345.6
    4. Tanah 134.2 ekar di Danau Putra yang ditawarkan kepada Syrkt Medilest Properties Sdn Bhd 87.7
    5. Pulangan tunai daripada TALAM atas jualan 11.56 ekar tanah kepada Tet. City Link Express Sdn Bhd 5.0
    6. Pulangan tunai daripada PIYSSB kepada TALAM yang diberi kepada MBI 7.7
    7. Tanah 12 ekar di Puncak Jalil 12.0
    8. Ruang Pejabat di Menara Pandan 11.0
    9. Tanah 400 ekar dan 60% Saham Ulu Yam & Country Resort 22.22
            Jumlah 689.1
      (-) Ikatan dan Tuntutan Hutang-hutang Dari Bank atas Hartanah tersebut adalah sebanyak (266.31)
           Jumlah 422.8
      Baki Lebihan (Peruntukan pulangan kepada TALAM) (30.8)
      Jumlah Hutang TALAM 392.0

     

    Hasil daripada kutipan hutang TALAM Corporation akan diagih-agihkan mengikut peruntukan keperluan Kerajaan Negeri dari segi projek-projek yang dikenal pasti untuk pembangunan, perkhidmatan dan perkembangan ekonomi Negeri Selangor. Tumpuan peruntukan ekonomi juga akan diberi kepada projek sosioekonomi Kerajaan Negeri seperti Skim Bantuan kepada rakyat dari untuk membasmi dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.