Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

142) TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Garis Panduan yang bagaimanakah yang diguna pakai sebagai formula dalam membayar pampasan kepada pemegang-pemegang TOL (Temporary Occupation Lisence) yang mana tanah tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri ataupun oleh agensi-agensi pembangunan kerajaan?

    TOL adalah merupakan salah satu kaedah pelupusan tanah kerajaan di bawah seksyen 75 Kanun Tanah Negara.

     

  2. Berapa lama kah proses pembayaran bagi pengambilan tanah tersebut dan nyatakan agensi-agensi lain yang terlibat dalam pengambilan tanah ini?

    Tiada keperluan pengambilan balik tanah berdasarkan syarat-syarat Lesen Pendudukan Sementara boleh dibatalkan bila-bila masa oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.