Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

140) KEMAJUAN PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah perkembangan pembangunan yang telah dapat dilaksanakan oleh PKNS semenjak pengumuman penyelesaian masalah ini dibuat?

    Setakat Oktober 2010, PKNS telah pun memulakan kerja-kerja awalan di tapak, manakala kerja-kerja fizikal dijangka dimulakan pada awal tahun hadapan dan projek dijangka siap pada Jun 2012. Berikut adalah ringkasan status projek setakat Oktober 2010  :-

    Bil Perkara Tarikh
    1. Iklan Tender 25 Mac 2010
    2. Tarikh Tutup Tender 24 Mei 2010
    3. Kelulusan Jawatankuasa Tender 8 Julai 2010
    4. Surat Tawaran Kepada Kontraktor 15 Julai 2010
    5. Tarikh Serah Tapak Bina kepada

    Kontraktor

    21 September 2010
    6. Kelulusan Pelan Pembangunan 15 Ogos 2010 – 15 Nov. 2010
    7. Pembinaan Dimulakan 1 Oktober 2010
    8. Tarikh siap Rumah Contoh 20 Mac 2011
    9. Tarikh Siap Keseluruhan (CF) 20 Jun 2012
  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat menjamin penyelesaian masalah mengikut kerangka masa yang telah diunjurkan sebelum ini?

    PKNS memberi jaminan projek akan siap seperti yang dijangka jika tiada sebarang masalah berlaku sepanjang pembinaan.

     

  3. Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi di rumah-rumah transit oleh pemilik-pemilik rumah Bukit Botak

    PKNS telah diarah sebagai pelaksana bagi menyiapkan projek pembangunan Bukit Botak yang telah lama tertangguh malah penghuni rumah transit yang diperuntukkan rumah di dalam kawasan Bukit Botak dapat diselesaikan dengan penyiapan rumah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.