Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
136) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD (KSSB)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan nama-nama syarikat yang berniaga dengan KSSB berserta dengan maklumat yang terperinci.
Jawapan seperti di lampiran A.
-
Sila senaraikan nama-nama syarikat yang berhutang dengan KSSB dan jumlahnya
Hutang-hutang dengan KSSB pada dasarnya adalah kerana terdapat bezantara di antara waktu bayaran pendahuluan dari pelanggan dengan waktu di mana baki akaun mereka telah habis.
KSSB sentiasa memantau situasi akaun pelanggan-pelanggan untuk meminimumkan keadaan ini.
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap syarikat-syarikat yang enggan menjelaskan hutangnya?
KSSB telah mengambil langkah-langkah dari segi perakaunan untuk mengutip manamana hutang yang ada.
Tindakan perundangan juga boleh diambil sekiranya penghutang tidak mahu menjelaskan hutang mereka.