Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

135) CARUMAN KUBUR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah hasil caruman kubur yang dikutip oleh kerajaan negeri mengikut pecahan daerah daripada tahun 2005-2010.

    Senarai jumlah hasil caruman kubur yang dikutip oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan daerah daripada tahun 2005 hingga 2010 adalah seperti jadual di Lampiran A.

  2. Jawatankuasa manakah yang bertanggungjawab memantau caruman ini dan senaraikan program/projek yang dilaksanakan menggunakan caruman ini mengikut pecahan PBT

    Jawatankuasa Tabung Amanah Perkuburan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah Jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau caruman daripada setiap daerah. Caruman tersebut dikutip daripada pemaju / pemilik tanah yang membangunkan tanah kurang daripada 500 ekar untuk perumahan / kediaman atau pembangunan bercampur setelah diluluskan pemberimilikan tanah atau tukar syarat tanah.

    Sehingga September 2010, hanya satu pengagihan telah dibuat iaitu kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi Projek Pembangunan Tanah Perkuburan Islam Kampung Delek Mukim Klang Daerah Klang berjumlah RM 800,000.00 pada tahun 2009.

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi tanah perkuburan Cina dan India yang semakin tidak mencukupi?

    Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor bersama dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan dan sembilan (9) Pejabat Tanah Daerah sedang menyiapkan Kajian Keperluan Tanah Perkuburan dan Cadangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu di Negeri Selangor. Kajian ini merangkumi inventori kawasan perkuburan sedia ada dan cadangan tanah perkuburan wilayah bersepadu di Negeri Selangor. Kajian ini kan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor apabila siap kelak.