Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

129) KELULUSAN TOL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak manakah yang meluluskan TOL dan sila jelaskan kenapa ADN-ADN tidak terlibat dalam kelulusan ini.

    Mengikut Pekeliliing Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 1/2008 mengenai Penyelarasan Dasar-Dasar Baru Berkaitan Urusan Tanah di Negeri Selangor bertarikh 28 Mei 2008 di para 3.1.2 Pentadbir Tanah Daerah diberikan kuasa penuh dalam meluluskan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

    ADN-ADN tidak terlibat kerana Jawatankuasa Tanah telah dibubarkan serta-merta sebagaimana yang dinyatakan di para 3.1.2 (ii) pekeliling Bil. 1/2008.

    Catatan: Jawatankuasa Tanah Daerah sebelum ini adalah di anggotai oleh semua ADN-ADN dan dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Daerah dan setiausahanya adalah Penolong Pegawai Tadbir (Tanah)

  2. Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan mekanisme ini tidak akan disalahgunakan?

    Sebelum Pentadbir Tanah meluluskan apa-apa permohonan LPS, Pentadbir Tanah terlebih dahulu mendapatkan ulasan/pandangan daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.