Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

126) KES CURI PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan aduan mengenai kecurian pasir diterima oleh kerajaan negeri ?

    Aduan kecurian pasir yang dilaporkan sehingga 26 Oktober 2010 oleh semua Pejabat Tanah Daerah melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyeragaman Berkaitan Bahan Batuan dan Mineral yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan sembilan puluh enam (96) aduan telah diterima.

  2. Berapakah kes curi yang telah diambil tindakan?

    Semua kes aduan yang telah dilaporkan seperti yang dinyatakan di bahagian (a) oleh pihak luar telah diambil tindakan segera dan sewajarnya. Hasil daripada rondaan dan serbuan yang dilakukan Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah berjaya merampas dan menahan 15 buah excavator dan 58 buah lori.

    Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri, semua barang rampasan tersebut telah disita di kawasan parkir SUK dan kawasan parkir Pejabat Tanah Daerah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.