Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
119) PADAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sasaran jangka panjang dan jangka pendek PADAT?
Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas utama PADAT iaitu:
- Mengemukakan dasar-dasar dan landasan-landasan pembangunan dan perkembangan adat Melayu dan warisan Selangor,
- Meningkat dan menambahkan keupayaan tradisi ilmu, bahasa dan persuratan,
- Menggali bahan-bahan sejarah dan mendokumentasikannya untuk dijadikan bahan rujukan mengenai Adat-Adat Melayu dan Warisan Selangor,
- Mengenal pasti, mengadun dan mempersembahkan warisan kesenian Melayu dan warisan Selangor,
- Menerbit dan mengarkibkan bahan-bahan penulisan mengenai adat Melayu dan warisan Selangor ,
- Memoden dan mengemas kini sistem pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan warisan Selangor,
- Memasukkan idea dan peralatan teknologi moden dalam sistem pengurusan,penambahbaikan dan pembangunan Perbadanan.
- Mewujudkan desa budaya di setiap pintu masuk utama ke Negeri Selangor dengan tujuan untuk mengetengahkan adat Melayu dan warisan,
- Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama termasuk di Asia dan peringkat antarabangsa,
- Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran akan diwujudkan,
- Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur dan modal insan,
- Lawatan kerja rasmi dalam dan luar Negara utama terpilih untuk melihat amalan membangun dan mempromosi adat dan warisan,
- Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran semua muzium di bawah PADAT,
- Mengadakan Konvensyen Adat Melayu Selangor dengan tujuan memperjelaskan peranan adat dalam pembentukan jati diri dalam masyarakat Melayu,
- Mengangkat dan mewarta seni warisan sebagai identiti Negeri Selangor.
Sasaran Jangka Pendek
- Mengadakan penyelidikan adat dan warisan dengan bantuan pakar-pakar dan pengkaji daripada Universiti Tempatan,
- Menaiktaraf pameran di muzium-muzium di bawah PADAT,
- Melaksanakan pengembangan organisasi melalui penambahan kualiti dan kuantiti warga kerja PADAT,
- Pembangunan modal insan dengan menyediakan serta melaksanakan kursuskursus dan latihan kepada warga kerja PADAT ,
- Meneruskan kerja-kerja ekskavasi arkeologi di daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor,
- Mengadakan bengkel yang berkaitan seni dan warisan Negeri Selangor
-
Apakah program-program yang dilaksanakan sepanjang tahun ini?
Sepanjang tahun 2010 PADAT telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti mengikut peringkat Bahagian-bahagian yang ada di PADAT iaitu :
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1.
2.
3.
4.
5.
Menyertai Pameran Padi Di Sungai Besar (Homestay Sg. Haji Dorani) Sempena Lawatan DYMM Sultan Selangor.
Melaksanakan program ‘Bicara Tradisi Ilmu, Menilai Waktu’.
Melaksanakan program Bicara Tokoh
Budayanita Selangor Prof. Dr. Siti Zainon Ismail.
Melaksanakan Bengkel Seni Kelingkan ‘Satu Tradisi’.
Menyertai Pameran Izish Premier InterCultural Exchange Carnival 2010.
03 – 04 Jan 2010
10 Februari 2010
24 Februari 2010
02 Mac – 31 Mei
2010
15 – 17 Mac 2010
Sungai Besar, Sabak Bernam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Kuala Lumpur.
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPAT 6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
Menyertai Program Kembara Minda
Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan.
Forum Sehari Metodologi Penyelidikan.
Melaksanakan program Bengkel Tradisi
Lisan : Mengenal Warisan Bangsa
Pameran Warisan Adat Melayu
Sempena Karnival Adat Melayu
Mengadakan pertandingan sirih junjung dan pertandingan masakan Selangor ( Nasi Ambeng dan kuih tradisi )
Menganjurkan Pertandingan Permainan
Tradisional (Congkak, Batu Seremban &
Sepak Raga Bulatan)
Menganjurkan Pertandingan Wau Kapal Selangor.
Pameran Sempena Perayaan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.
Menyertai Demontrasi Pesta Masakan Warisan Melaka 2010 anjuran PERZIM.
18 – 21 Mac
2010
22 Mac 2010
31 Mac 2010
23 – 25 April 2010
24 – 25 April 2010
24 April 2010
24 April 2010
6 – 21 Mei 2010
04 – 06 Jun 2010
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Stadium Utama, Shah Alam.
Stadium Utama, Shah Alam.
Stadium Utama, Shah Alam.
Stadium Mini Shah Alam.
Kota Kinabalu, Sabah.
Jalan Kota, Kompleks Warisan Melaka.
15.
16.
Pameran Sempena Program Sambutan
Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2010
Projek Membuat Mural 8″x20″ Wajah Atlet Kelahiran Negeri Selangor Di Balai Sukan.
05 – 0 6 Jun 2010
23 Jun –
08 Julai 2010
UKM, Bangi.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPAT 17.
18.
19.
20.
21.
22.
Melaksanakan Bengkel Pemahaman
Naskah Melayu Lama : Tak Kenal Maka Tak Cinta
Melaksanakan Bengkel Seni Tekat ‘Warisan Tradisi Ilmu’.
Melaksanakan Program Diskusi Tradisi Ilmu ‘Satu Pandangan Umum’.
Melaksanakan Bengkel Penyediaan
Transkripsi/Diskripsi Sejarah Lisan
Kursus Diploma Muziologi, UIAM Modul 6 – Konservasi Dan Pemuliharaan.
Pameran Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2010.
06 Julai 2010
07 Julai – 28 Ogos
2010
22 Julai 2010
02 Ogos 2010
02-06 Ogos 2010
01 – 30 Sept. 2010
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Balai Seni Lukis Negara.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
23. 24.
25.
26.
27.
28.
Program Memasak Bubur Lambuk & Kuih Kacau, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih anjuran PADAT. Menganjurkan Bengkel Mengenali Muzik Cempuling.
Menjalankan Penyelidikan Mengenai Kelingkan dan Telepuk Dalam Naskah Melayu Lama.
Kajian dan pendokumantasian rumahrumah Warisan lama untuk Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Kajian lanjut berkaitan senibina masjid dalam rekabentuk, ragam hias dan seni taman.
Kajian dan pendokumentasian makanan warisan negeri Selangor.
02 Sept 2010
11 November 2010
Januari hingga
Disember 2010
April – Disember
2010
April – Disember
2010
Mei – Disember
2010
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
– Kelantan
– Terengganu
– Sarawak
– Kuala Selangor
– Sabak Bernam
– Kuala Selangor
– Sabak Bernam
– Klang
– Kuala Langat
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TEMPAT 29.
30.
31.
Menjalankan Penyelidikan Selangor sebagai tempat tumpuan pelbagai etnik : Etnik Pariaman (Minang)
Menjalankan Penyelidikan Adat dan Pantang Larang Dalam Perkahwinan Masyarakat Jawa di Selangor.
Melaksanakan Penyelidikan Tradisi Ilmu Cerapan Hilal Ramadan dan Syawal.
Jun 2010
hingga Disember
2010
Jun 2010
hingga Disember
2010
Julai hingga
Disember 2010
– Hulu Langat
– Klang
– Kuala Langat
– Bukit Malawati
– Pulau Angsa
– Sabak Bernam
– Jugra Hulu Langat
32. Menyediakan data inventori etnik-etnik di Selangor : Daerah Hulu Langat. September 2010 hingga November 2010
-
Apakah strategi PADAT untuk memasyarakatkan adapt dan nilai-nilai baik dalam kalangan rakyat?
Pepatah Melayu “Biar mati anak, jangan mati adat”, merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat Melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual. Antara strategi PADAT untuk memasyarakatkan adat dan nilai-nilai baik adalah melakukan penyelidikan yang berkualiti terutama yang berkaitan Warisan Adat, Tradisi Ilmu dan Budaya masyarakat Melayu. Hasil penyelidikan ini kemudiannya dikembangkan kepada masyarakat melalui penganjuran aktiviti dan program antaranya seperti latihan yang diberi berkaitan warisan ilmu tenunan Kelingkan dan Tekat kepada kakitangan PADAT supaya kakitangan PADAT ini nanti dapat mengembangkan ilmu tenunan ini kepada orang awam seperti pengusaha-pengusaha homestay di negeri Selangor. Antara strategi-strategi lain yang dirancang adalah:
- Mengadakan program publisiti dan promosi PADAT kepada generasi muda di peringkat sekolah seperti mengadakan program pertandingan Seni Khat, Pertandingan Kompang Berformasi serta Pertandingan Permainan Tradisional negeri Selangor,
- Program Jalinan Mesra Rakyat di setiap daerah negeri Selangor:- satu daerah satu adat,
- Mewujudkan Kelab Sahabat PADAT di semua lapisan masyarakat,
- Melaksanakan Program Keluarga Angkat,