Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

109) SKIM PERUMAHAN KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bukit Melawati telah mencadangkan Skim Perumahan Kos Rendah di 3 kawasan iaitu, di Sungai Rambai,Ladang Kuala Selangor dan Kampong Tanjong Keramat. Apakah status permohonan ini ?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permohonan pembangunan rumah kos rendah di kawasan Sg. Rambai, Ladang Kuala Selangor dan Kampung Tanjong Keramat. Sehingga 30 Oktober 2010 terdapat seramai 386 pemohon berdaftar dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah (SPPR) di Mukim Kuala Selangor.

  2. Bilakah program ini akan dilaksanakan ?

    Program ini hanya akan dilaksanakan sekiranya terdapat permohonan daripada pemaju untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.