Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
107) ANAK SYARIKAT KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Huraikan sektor manakah yang memberikan pulangan paling banyak kepada pendapatan kerajaan negeri dan apakah perancangan masa depan bagi memastikan ia terus kekal relevan?
Sektor yang memberikan pulangan paling banyak kepada pendapatan Kerajaan Negeri adalah Sektor Perlombongan dan Galian. Kerajaan Negeri akan memantau dari semasa ke semasa aktiviti sektor ini untuk mengawal kos-kos yang ada dalam masa yang sama dapat meningkatkan keuntungan syarikat yang terlibat dalam sektor ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan mengawal segala aktiviti yang terlibat dalam sektor ini supaya aktiviti tersebut mengikut peraturan Kerajaan bagi membendung aktiviti – aktiviti lombong haram.
Sektor kedua yang memberi pulangan paling banyak kepada pendapatan Kerajaan
Negeri adalah Sektor Pembinaan dan Perindustrian. Kerajaan Negeri akan memastikan Sektor ini akan terus relevan pada masa akan datang dengan memberi pendedahanpendedahan yang meluas berkaitan teknologi-teknologi yang terkini setanding dengan situasi semasa kepada syarikat-syarikat yang terlibat agar sektor ini dapat berdaya saing dengan sektor-sektor lain.