Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

106) KEMUDAHAN WI-FI PERCUMA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma di mana-mana lokasi? Jika ya, sila senaraikan lokasi-lokasi tersebut

    Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan WiFi percuma sejak April 2010 di lapan (8) buah lokasi iaitu seperti berikut :

    1. Kompleks PKNS (Tasik Shah Alam)
    2. Dataran Shah Alam
    3. Seksyen 2 ( Medan Selera Prima 2)
    4. Seksyen 3 (Restoran Khalifah, Syed, Kompleks MAIS dan SK Raja Muda)
    5. Seksyen 9 (Oasis)
    6. Dataran Kuala Kubu Bharu
    7. Pekan Kuala Kubu Bharu
    8. Medan Selera Batang Kali
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma di seluruh Negeri Selangor? Jika ya, bilakah ia akan dilaksanakan? Jika tidak, mengapa?

    Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan kemudahan WiFi di seluruh Negeri Selangor sebanyak 142 buah lokasi lagi. Projek ini dirancangkan bermula pada tahun 2011 dan dijangka selesai pada tahun 2015. Ianya akan dijalankan secara berperingkat mengikut pecahan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Cadangan Perlaksanaan Wireless Selangor mengikut PBT untuk jangka masa 2011 – 2015.  

    PBT Jumlah Zon Wifi
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 19
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 23
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 17
    4 Majlis Perbandaran Klang 17
    5 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 17
    6 Majlis Perbandaran Kajang 12
    7 Majlis Perbandaran Sepang 12
    8 Majlis Perbandaran Selayang 12
    9 Majlis Daerah Sabak Bernam 4
    10 Majlis Daerah Kuala Selangor 4
    11 Majlis Daerah Hulu Selangor 1
    12 Majlis Daerah Kuala Langat 4
    JUMLAH 142

     

Lampiran

Tiada Lampiran.