Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

102) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2011

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program yang akan dilancarkan di bawah Kempen Tahun Melawat Selangor 2011 dan apakah tema utama yang digunakan?

    “Selangor shines” atau Selangor Bersinar ini bukanlah program “Tahun Melawat Negeri Selangor 2011” tetapi merupakan satu kempen menggalakkan lebih ramai pelancong ke negeri Selangor secara berterusan dan tidak ada jangka masa yang disasarkan seperti Tahun Melawat yang biasa dijalankan selama setahun. Program promosi dan acara akan dijalankan secara berterusan seperti yang dijadualkan pada tahun 2010. Program – program akan dijalankan secara berterusan sepanjang kempen ini dijalankan.

  2. Senaraikan jumlah pelancong tempatan serta pelancong asing ke negeri Selangor daripada tahun 2005-2010.

    Berikut adalah senarai jumlah pelancong tempatan dan pelancong asing ke negeri Selangor daripada tahun 2005 – 2010 :-

    TAHUN PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING JUMLAH
    2005 2,355,613 1,603,186 3,958,799
    2006 2,781,260 2,145,647 4,926,907
    2007 3,060,651 2,254,679 5,315,330
    2008 3,075,889 2,601,332 5,677,221
    2009 3,248,961 2,398,680 5,647,641
    2010 (Jan – Sept) 2,491,406 1,900,396 4,391,802
  3. Apakah badan pelaksana yang ditubuhkan bagi menyelaraskan kempen pelancongan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ?

    Tourism Selangor sebagai badan pelaksana dimana kerap berkerjasama dengan Tourism Malaysia melalui Tourism Malaysia Negeri Selangor bagi pelbagai tujuan terutamanya bagi penyelarasan kempen pelancongan di mana kebiasaanya kerajaan negeri akan mengikut jadual Tourism Malaysia bagi samada kempen dalam negara mahupun luar negara. Ini adalah bagi tujuan penjimatan kos dan kesan positif sambutan dalam penyertaan kempen bersama Tourism Malaysia. Tourism Selangor bekerjasama dengan pihak (UPEN) Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk melaksanakan programprogram di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.