Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

101) PENGUATKUASAAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penguatkuasaan adalah satu elemen penting yang menentukan polisi-polisi kerajaan dapat di laksanakan secara telus dan berkesan. Namun dalam kes peniaga-peniaga asing yang berniaga secara terang-terangan tanpa permit di Pasar Besar Klang, nampaknya penguatkuasaan dari Majlis Perbandaran Klang sama ada terlepas pandang atau tidak mendatangkan kesan langsung dalam menangani masalah yang berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah baru yang akan diperkenalkan oleh MPK bagi mengatasi masalah peniaga-peniaga asing yang bebas beroperasi seawal jam 2 pagi ini ?

    Jabatan Penguatkuasa MPK telah menjalankan tugas kawalan penjaja tanpa lesen/warga asing & halangan kaki lima di kompleks PKNS, Jalan Pasar Baru off Jalan Meru dalam tempoh 24jam setiap hari mulai 17 Jun 2010 sehinggan ke hari ini bagi menangani masalah tersebut.

  2. Apakah bentuk-bentuk denda yang sepatutnya dikenakan ke atas warga asing yang beroperasi secara haram ini dan sejauh manakah keberkesanannya ?

    Tindakan kompaun dan sita telah dilakukan terhadap penjaja tanpa lesen dan pemilik premis yang membuat halangan kaki lima.

    Pihak majlis telah mengambil tindakan kompaun sebanyak  1778 atas pelbagai kesalahan di bawah UUK3 PTPP, UUK7 IKLAN dan Seksyen 46 (1) (d).  Sebanyak 20 sitaan telah dilakukan terhadap kesalahan halangan meletakkan barangan tred di kaki lima premis perniagaan. peniaga tanpa lesen/warga asing. (laporan statistik kompaun & penyitaan disertakan)

  3. Amalan rasuah boleh menyebabkan denda atau tindakan tidak di jalankan atau boleh juga menyebabkan sesuatu operasi yang dirancangkan dipihak PBT seolah-olah dapat di hidu oleh peniaga-peniaga asing sehingga mereka tidak berniaga pada hari-hari berkenaan. Apakah langkah-langkah pihak MPK bagi menjamin amalan rasuah terkutuk ini tidak berlaku di kalangan kakitangannya ?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 21 Oktober 2010 telah menolak soalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.