Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

94) KELULUSAN PERMOHONAN TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan rungutan rakyat berkenaan kelulusan permohonan hak milik tanah terlalu perlahan, apakah kerajaan tidak berhasrat merombak bahagian pentadbiran ini?

    Merujuk kepada isu pemprosesan hak milik tanah yang mana dari segi prosesnya bermula dari permohonan Pentadbir Tanah dan berakhir di peringkat MMKN. Ada beberapa isu yang perlu dimaklumkan kepada dewan bagi memperjelaskan isu yang dibangkitkan iaitu :-

    1. Pentadbiran Tanah Negeri Selangor bermula pada tahun 2003 telah mengenal pasti sebanyak 55,388 permohonan yang perlu diselesaikan. Keutamaan penyelesaian kes ialah kepada jumlah yang tertunggak ini dan pada tahun 2006 sehingga 2008 sebanyak 54,946 permohonan telah diselesaikan.
    2. Kerajaan Negeri yang di bawah Pakatan Rakyat telah menetapkan bahawa permohonan pemberimilikan diproses semula oleh Pentadbir Tanah secara berkelompok atas tujuan pemutihan kes-kes penerokaan tanah kerajaan mengikut sesuatu kawasan dalam daerah. Dalam usaha ini semua permohonan yang telah diproses oleh Pentadbir
    3. Tanah sebelum ini adalah bergantung pada kes telah dikembalikan secara berkelompok dan ini menjurus kepada kelewatan dalam memproses permohonan tersebut.
    4. Pada masa ini baki permohonan tanah yang masih berada dalam tindakan bagi setiap daerah adalah seperti berikut :-

    PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 76

    KANUN TANAH NEGARA

    DAERAH BIL

    PERMOHONA

    N DITERIMA

    TINDAKAN

    MMKN/MTE

    S

      KEPUTUSAN
    TANGGUH
    MMK

    N

    MTES
    KLANG 20 8 8 2 2
    SABAK BERNAM 58 24 12 8 14
    GOMBAK 66 8 23 27 8
    HULU SELANGOR 56 32 10 8 6
    PETALING 29 8 11 7 3
    HULU LANGAT 64 21 26 8 9
    KUALA SELANGOR 39 13 17 2 7
    KUALA LANGAT 23 8 6 4 5
    SEPANG 33 23 6 4
    JUMLAH 388 145 119 66 58

    Kerajaan Negeri telah mensasarkan kesemua permohonan bagi tahun 2009 diselesaikan sebelum akhir tahun 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.