Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

93) ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR (GLC)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan anak-anak syarikat Negeri Selangor serta peratusan milikan saham oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam syarikat-syarikat tersebut.

    Bil Syarikat Unit Saham Nilai Saham (RM) (%)
    1 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 262,408,163 289,966,506.00 100
    2 Permodalan Nasional Berhad 24,000,000 24,000,000.00 100
    3 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 643,694 643,694.00 100
    4 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Bhd 5,000,000 55,000,000.00 100
    5 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 2,499,998 2,499,998.00 99.9
    6 Tourism Selangor Sdn Bhd 1,999,998 1,999,998.00 99.9
    7 Rantaian Mesra Sdn Bhd 1,999,998 1,999,998.00 99.9
    8 SSIC Berhad 1,999,999 1,999,999.00 99.9
    9 Communication Corporation Sdn Bhd 1,000,000 1,000,000.00 100
    10 Majlis Sukan Negeri Selangor (H) Sdn Bhd 1,000,000 1,000,000.00 100
    11 Yayasan Warisan Anak Selangor
    12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    1. Senarai yang diberi adalah berkaitan Anak-anak Syarikat dibawah MBI
  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memantau dan meningkatkan prestasi anak-anak syarikat negeri Selangor serta syarikat subsidiari di bawahnya?

    Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memantau dan meningkatkan prestasi Anak-anak Syarikat Negeri Selangor serta syarikat subsidiari di bawahnya adalah dengan mengadakan perbincangan secara berkala dengan Pengurusan Anak-anak Syarikat bagi memastikan mereka mengikut peraturan perkhidmatan dan kewangan syarikat.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga perlu memastikan kos-kos perbelanjaan Anak-anak Syarikat juga perlu dikawal dengan memberi mereka tunjuk ajar dan nasihat yang sewajarnya berkaitan aspek tersebut.

  3. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan penglibatan anakanak syarikat Negeri Selangor dalam pasaran ekonomi bagi memastikan persaingan bebas dan kompetitif dalam pembangunan di Negeri Selangor?

    Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan penglibatan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor dalam pasaran ekonomi bagi memastikan persaingan bebas dan kompetitif dalam pembangunan di Negeri Selangor adalah dengan tidak sewenang-wenangnya memberi sokongan kewangan kepada Anak-anak Syarikat, ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka berdikari mengatasi masalah kewangan mereka sendiri. Selain daripada itu, adalah wajar sekiranya Kerajaan Negeri tidak mencampuri urusan harian Anak-anak Syarikat seperti mengeluarkan surat sokongan kepada pihak ketiga untuk Anak-anak Syarikat menjalankan aktiviti perniagaan mereka, secara tidak langsung ini dapat membuktikan Kerajaan Negeri tidak menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi pihak lain bagi kepentingan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.