Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
90) AHLI MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat kes pergaduhan melibatkan ahli majlis sehingga mendatangkan kecederaan. Berikan statistik kes dan masalah yang melibatkan ahli-ahli majlis?
Bilangan keseluruhan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seramai 297 orang termasuk Datuk Bandar / Yang Dipertua dan Orang Besar Daerah (OBD) dan bilangan Ahli Majlis wanita PBT adalah seramai 42 orang. Bilangan lengkap mengikut PBT adalah seperti jadual di Lampiran A :
LAMPIRAN A
PBT BANGSA JANTINA MELAYU CINA INDIA LAIN- LAIN LELAKI PEREMPUAN MBSA 16 3 5 0 20 4 MBPJ 11 8 5 1 22 3 MPK 9 8 6 0 21 2 MPAJ 16 6 3 0 19 6 MPSJ 10 11 3 1 23 2 MPS 16 6 3 0 23 2 MPKj 13 9 3 0 23 2 MPSp 14 5 5 1 21 4 MDKS 13 6 6 0 22 3 MDHS 11 9 4 1 18 7 MDKL 13 7 5 0 22 3 MDSB 15 8 2 0 21 4 JUMLAH KESELURUHAN 157 86 50 4 255 42 297 297 PERATUSAN (%) 52.9 29.0 16.8 1.3 85.9 14.1 100.0 100.0 -
Apakah tindakan terhadap ahli majlis yang terlibat dalam jenayah dan penyelewengan?
Untuk makluman peratusan Ahli Majlis di kalangan wanita adalah sebanyak 14.1% berbanding lelaki 85.9% berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh PBT dan Kerajaan Negeri tidak menetapkan sasaran dalam mencapai minimum 30% Ahli Majlis wanita. Pemilihan Ahli Majlis adalah disyorkan dan ditentukan oleh parti masing-masing mengikut kehendak Jawatankuasa Parti dan tidak mengambil kira sama ada dari kalangan lelaki atau perempuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan melihat dan mengkaji semula berkenaan perkara ini supaya lebih ramai Ahli Majlis wanita pada masa akan datang.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengkaji kaedah pelantikan ahli majlis bagi mengelakkan masalah ini berlaku?