Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

80) PROJEK METROPOLIS KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek kesihatan yang sangat penting terhadap rakyat Petaling Jaya ini

    Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan lima (5) Klinik Kesihatan (KK) dan enam (6) Klinik Desa (KD) di seluruh daerah Petaling Jaya. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, KKM telah menyediakan beberapa fasiliti kesihatan di Petaling Jaya iaitu Klinik Kesihatan Jenis 3 Kota Damansara dan Klinik Kesihatan Jenis 2 Bandar Kinrara.

    SENARAI KLINIK KESIHATAN DAN KLINIK DESA DI DAERAH PETALING,SELANGOR DARUL EHSAN

     A)KLINIK KESIHATAN

    1. Klinik Kesihatan Seri Kembangan 43300 Seri Kembangan, Selangor.
    2. Klinik Kesihatan Puchong Batu 14, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
    3. Klinik Kesihatan Shah Alam Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
    1. Klinik Kesihatan Kelana Jaya Lot 38294, Jalan SS 6/3A, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
    2. Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya 43000 Petaling Jaya, Selangor.

    B)KLINIK DESA

     

    1. Klinik Desa Batu 13 47100 Puchong, Selangor.
    2. Klinik Desa Kampung Melayu Subang

    Jalan Merbau,

    40150 Shah Alam, Selangor.

    1. Klinik Desa Paya Jaras 47000 Sungai Buloh, Selangor.
    2. Klinik Desa Petaling Jaya Selatan (PJS 6),

    Kampung Lindungan,

    46000 Petaling Jaya, Selangor.

    1. Klinik Desa Kampung Damansara

    Jalan 17A/9,

    56400 Petaling Jaya, Selangor

    1. Klinik Desa Merbau Sempak 47000 Sungai Buloh, Selangor.
  2. Sama kerajaan negeri akan memperuntukkan atau menetapkan supaya sebuah hospital kerajaan didirikan di Petaling Jaya memandangkan rakyat Petaling Jaya perlu hanya bergantung kepada PPUM yang merupakan hospital separuh kerajaan

    Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mempunyai cadangan untuk membina hospital kerajaan di daerah Petaling Jaya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.