Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

77) LESEN ARAK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat cadangan oleh ahli majlis untuk memindahkan kuasa pengeluaran lesen menjual minuman keras dari pejabat daerah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Apakah cadangan ini akan direalisasikan oleh kerajaan negeri?

    Pengeluaran lesen menjual minuman keras adalah di bawah kuasa Lembaga Pelesenan Eksais Daerah seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 35, Akta Eksais 1976. Oleh sebab itu, sebarang pindaan perlu di bawa ke peringkat Parlimen dan terletak di bawah kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Cadangan ini boleh dilaksanakan walau bagaimanapun ia memerlukan masa yang panjang bagi proses cadangan pindaan.

  2. Apakah cadangan ini dapat membantu EXCO agama Islam dalam mengawal penjualan arak?

    Pada masa ini, kawalan telah dilaksanakan di peringkat Lembaga Pelesenan Eksais Daerah dengan mempertimbangkan kelulusan berdasarkan keperluan semasa di sesuatu kawasan.

  3. Apakah langkah ini dapat mengekang aktiviti penjualan arak di kawasan majoriti Islam?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan pendekatan ‘self regulating’ bagi mengawal penjualan arak di kawasan majoriti Islam dan didapati ia mendapat sambutan yang baik di kalangan peniaga.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.