Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

69) LOMBONG PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Lombong Pasir milik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) di Kampung Kambing Susu telah menyebabkan masalah alam sekitar terhadap penduduk kampung tersebut. Adakah KSSB menjalankan penilaian impak alam sekitar sebelum dan semasa lombong tersebut beroperasi?

    Lombong tersebut telah lama beroperasi (sekitar 5 tahun) sebelum KSSB memulakan operasinya pada Julai 2009. KSSB beroperasi di kawasan tersebut sebagai sebahagian dari program pemutihan lombong haram.

    Tidak terdapat mana-mana kampung berada di kawasan tersebut. Ianya adalah sekitar 4km dari Jalan utama Rawang-Batang Berjuntai.

    KSSB telah menyediakan kajian dan laporan Rancangan Pemantauan Alam Sekitar (Environment Monitoring Plan – EMP) sebelum lombong tersebut mula beroperasi. EMP ini telah diluluskan oleh JAS Selangor.

    Pemantauan yang dibuat secara berkala oleh konsultan alam sekitar yang dilantik mendapati mutu air di lombong tersebut adalah lebih baik dari air Sungai Selangor yang berhampiran.

     

  2. Apakah tindakan pantas untuk mengatasi masalah tersebut?

    Operasi KSSB sentiasa dipantau berdasarkan EMP

  3. Adakah pihak KSSB bercadang untuk membayar pampasan akibat kemusnahan yang disebabkan oleh lombong tersebut?

    KSSB belum menerima apa-apa tuntutan. Sekiranya ada, ianya akan dikaji secara mendalam dan sebelum apa-apa ketetapan diambil.

Lampiran

Tiada Lampiran.