Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
66) PEMBINAAN RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat kuil atau tokong yang dibina di kawasan perumahan yang memang dari sudut undang-undang tidak dibenarkan pembinaannya kecuali mendapat kebenaran atau permit dari pihak berkuasa tempatan. Mengapakah tindakan tegas dan awal serta pro-aktif tidak diambil terhadap rumah-rumah ibadah tersebut sebelum ianya tersergam dan menimbulkan kontroversi apabila tindakan di ambil di saat-saat akhir .?
Berkenaan isu pembinaan rumah ibadat selain Islam, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama orang awam di kawasan sekitar khususnya ADUN di kawasan masingmasing bagi melaporkan sebarang pembangunan yang dilihat tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah kes, terdapat campur tangan ADUN dan Ahli Majlis di kawasan berkenaan. Selain itu, tidak dinafikan terdapat sesetengah pihak berkuasa negeri terlepas pandang beberapa buah pembangunan rumah ibadat yang tidak mendapat kebenaran. Kerana pada kebiasaannya kawasan di bawah jagaan setiap Pejabat Daerah atau PBT amatlah besar dan luas. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk ahli-ahli politik dan ahli majlis agar pembangunan yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada setiap rakyat di Negeri Selangor.
-
Adakah seseorang EXCO itu mempunyai kuasa yang boleh mengatasi atau menyanggahi mana-mana keputusan mesyuarat yang telah di luluskan oleh Full Council Meeting di peringkat PBT ?
Bagi mana-mana keputusan mesyuarat yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Penuh di peringkat PBT boleh diubah sekiranya sesuatu perkara tersebut dibincangkan di dalam mesyuarat di peringkat negeri. Contohnya jika sesuatu perkara atau permohonan rumah ibadat selain Islam dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, maka keputusan akhir adalah keputusan yang telah dipersetujui di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, segala keputusan yang dibuat adalah di atas nasihat dan pandangan daripada PBT.