Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
64) PENCURIAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada tahun ini, berapakah orang yang telah ditangkap dan berjaya didakwa untuk pencurian pasir?
Mengikut perangkaan yang dikemaskinikan sehingga 26 Oktober 2010 oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor terdapat sembilan puluh enam (96) tangkapan yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Daerah dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober 2010 di beberapa lokasi hotspot yang dikenal pasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat hotspot tersebut menjadi tumpuan penyangak pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi di pasaran pada masa kini.
Pecahan statistik penangkapan mengikut daerah adalah seperti berikut :-
Bil. Pejabat /Daerah Jumlah Tangkapan 1. Pejabat Tanah Sepang 28 2. Pejabat Tanah Hulu Langat 24 3. Pejabat Tanah Kuala Langat 20 4. Pejabat Tanah Hulu Selangor 10 5. Pejabat Tanah Gombak 10 6. Pejabat Tanah Kuala Selangor 2 7. Pejabat Tanah dan Galian Selangor 2 Jumlah Tangkapan 96 -
Pada tahun ini, berapakah jentera-jentera yang telah disita?
Statistik barang rampasan yang direkodkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor sehingga 26 Oktober 2010 adalah seperti berikut :-
Bil. Pejabat / Daerah Excavator Lori Lori Hantu 1. Pejabat Tanah Kuala Langat 7 4 – 2. Pejabat Tanah Gombak 3 1 – 3. Pejabat Tanah Sepang 2 30 – 4. Pejabat Tanah Hulu Langat 2 14 1 5. Pejabat Tanah Hulu Selangor 1 4 – 6. Pejabat Tanah dan Galian Selangor – 3 – 7. Pejabat Tanah Kuala Selangor – 1 – Jumlah 15 57 1