Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

58) KEGUNAAN TANAH TAPAK IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan telah diterima dan berapakah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak kerajaan Pakatan Rakyat untuk kegunaan Kuil/Tokong/Gereja?

    Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, Kerajaan Negeri telah menerima permohonan untuk kegunaan Kuil/Tokong/Gereja sebanyak 194 dan sebanyak 33 permohonan telah diluluskan.

  2. Apakah kelayakan yang diperlukan bagi memohon tanah ini?

    Kelayakan yang diperlukan oleh pemohon untuk memohon tanah yang tersebut haruslah sesebuah persatuan itu layak memiliki harta seperti mana yang termaktub di dalam Akta Pertubuhan Tahun 1996 dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

  3. Apakah masalah yang dihadapi dalam proses pemberian tanah ini?

    Setakat ini tiada ada masalah yang timbul sekiranya semua permohonan telah menepati semua peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.