Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
53) PEMBERIAN MILIK TANAH SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Semenjak Mac 2008-Mac 2010 berapa banyak dari segi persegi dan keping pemberian milik tanah sementara (TOL) telah diluluskan oleh kerajaan negeri
Berikut adalah senarai jumlah dan keluasan tanah-tanah TOL yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Daerah Jumlah Keluasan Petaling 628 128 ekar Klang 1386 398.67 ekar Gombak 458 350.59 ekar Kuala Langat 193 263.28 ekar Kuala Selangor 441 350.55 ekar Hulu Langat 177 254.91 ekar Hulu Selangor 521 538 ekar Sabak Bernam 350 252.72 ekar Sepang 412 340.88 ekar -
Bolehkah dapat pecahkan jumlah kelulusan itu mengikut daerah
Pecahan jumlah kelulusan tersebut mengikut daerah adalah seperti dalam jadual di atas.
-
Sehingga tahun ini dapatkah kerajaan negeri meluluskan 10000 keping tanah seperti yang telah diumumkan Menteri Besar awal tahun ini.
Dari awal tahun sehingga kini Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebanyak 4566 lot dengan keluasan 2877.6 ekar.