Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
52) BANJIR DI KLANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah keadaan banjir kilat kerap berlaku di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK)?
Banjir kerap berlaku di kawasan MPK kerana:-
- Kebanyakan kawasan di daerah Klang berada di bawah paras laut (5.0M)
- Rekabentuk parit adalah berdasarkan pembangunan terdahulu dan perlu dinaiktaraf mengikut pembangunan semasa.
-
Mengapakah langkah-langkah yang telah diambil sebelum ini (jika ada) tidak dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tersebut?
JPS telah mengeluarkan kajian menangani masalah banjir di Daerah Klang dengan kos 1.2 bilion dan ianya hanya mendapat dijalankan berdasarkan peruntukan semasa. Oleh itu masalah banjir hanya dapat di atasi secara berperingkat – peringkat.
-
Apakah langkah-langkah baru yang sedang dan bakal diambil bagi mengatasi masalah banjir kilat yang telah bertahun-tahun membelenggu para penduduk di kawasan Klang ini?
Majlis telah mula melaksanakan projek mengatasi masalah banjir mengikut kajian yang dijalankan dengan berdasarkan kepada peruntukan sedia ada. Projek dijalankan adalah .
- Kerja-kerja menaiktaraf parit di lebuh Setaka.
- Kerja-kerja menaiktaraf parit di Jalan Nilam / Jalan Puding dan sekitarnya