Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
50) BANTUAN ASNAF
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima bantuan Asnaf di daerah Klang dan Petaling bagi tahun 2010. Apakan rancangan untuk membantu mulai 2011?
Jumlah penerima bantuan asnaf di daerah Klang dan Petaling bagi tahun 2010 ialahseperti berikut:-
BIL DAERAH FAKIR 2010 MISKIN 2010 1. Klang 686 1625 2. Petaling 494 1621 - Rancangan LZS untuk membantu golongan asnaf fakir miskin pada tahun 2011 ialah dengan memberi agihan bantuan zakat melalui skim-skim bantuan yang sedia ada mengikut kepada keperluan dan yang bersesuaian dengan asnaf diantaranya:-
BIL SKIM-SKIM BANTUAN FAKIR DAN MISKIN 1. Bantuan Bina Rumah 2. Bantuan Baikpulih Rumah 3. Bantuan Rawatan 4. Bantuan Kewangan & Makanan Bulanan Bertempoh 5. Bantuan Modal Perniagaan 6. Bantuan Modal Pertanian 7. Bantuan Modal Penternakan 8. Banduan Perikanan 9. Bantuan Yuran dan keperluan pendidikan 10. Bantuan Biasiswa Pelajaran 11. Bantuan Sewa Rumah 12. Bantuan Kursus dan Latihan 13. Bantuan Pengurusan Jenazah 14. Bantuan Kecemasan Runcit