Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

47) KAFE SIBER. PUSAT KAFE SIBER BERPOTENSI MENJADI TEMPAT PELAJAR SEKOLAH BERPELESERAN DAN PONTENG SEKOLAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan untuk pengusaha kafe siber untuk mengekang pelajar ?

    Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) telah menyediakan garis panduan yang khas untuk pusat siber dan kafe siber bagi memperketat dan mengawal aktiviti di pusat tersebut. Selain itu terdapat juga Undang-undang Kecil(UUK) Pusat Siber dan Kafe Siber memaklumkan bahawa pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki pusat siber dan kafe siber. Pihak PBT juga telah mensyaratkan dalam pengeluaran lesen pusat siber dan kafe siber di mana pelanggan di bawah umur 12 tahun boleh berada di dalam premis sehingga 10 malam sahaja dan sekiranya pengusaha tersebut gagal mematuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan pengusaha tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dan menyebabkan lesen pengusaha tersebut boleh ditarik balik. Sementara itu, Pengeluaran lesen pusat siber dan kafe siber masih dibekukan di seluruh Negeri Selangor berikutan penyalahgunaan fungsi premis dan sering menjadi tempat remaja/pelajar sekolah ponteng. Penambahbaikan Undang-undang Kecil(UUK) Pusat Siber dan Kafe Siber di PBT dan penetapan konsep premis sedang di usahakan oleh Kerajaan Negeri  bagi mengawal aktiviti perniagaan ini.

  2. Nyatakan jumlah pusat kafe siber berdaftar mengikut PBT

    Berikut adalah jumlah Pusat Siber dan Kafe Siber yang berdaftar mengikut PBT bagi tahun 2010 :

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Pusat Siber dan Kafe Siber Berdaftar bagi tahun 2010
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 37
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 42
    3 Majlis Perbandaran Klang 69
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 47
    5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 55
    6 Majlis Perbandaran Selayang 45
    7 Majlis Perbandaran Kajang 89
    8 Majlis Perbandaran Sepang 16
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor 9
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor 13
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 21
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 18
      Jumlah 461
  3. Nyatakan jumlah kafe siber yang disita dan beroperasi tampa kebenaran?

    Berikut adalah jumlah tindakan penguatkuasaan di Pusat Siber dan Kafe Siber di PBT sehingga September 2010 :

    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan Premis di kenakan tindakan Sitaan sehingga September 2010
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 77
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 429
    3 Majlis Perbandaran Klang 147
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 74
    5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 66
    6 Majlis Perbandaran Selayang 14
    7 Majlis Perbandaran Kajang 29
    8 Majlis Perbandaran Sepang 79
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor 8
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor 12
    11 Majlis Daerah Kuala Langat Tiada
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam Tiada
      Jumlah 935

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.