Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
44) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak 20 sen yang dibayar oleh para pengguna pada setiap hari Sabtu untuk membeli satu beg plastik digunakan untuk kerja-kerja amal. Sila senaraikan
Hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan bagi setiap beg plastik pada Hari Sabtu oleh pasaraya-pasaraya yang terlibat dalam kempen ini akan disalurkan kepada programprogram CSR yang berkenaan, NGO alam sekitar serta badan-badan kebajikan yang dipilih dan bukan untuk kegunaan pasaraya itu sendiri. Setakat ini, antara programprogram alam sekitar yang dapat dijalankan oleh pasaraya-pasaraya hasil kutipan caj 20 sen yang diperoleh adalah :
- Penanaman pokok bakau di Kuala Selangor Nature Park (IKANO sdn bhd)
- Penanaman pokok dan pemantauan sungai (99 speedmart)
- Program komuniti 7-e (7 eleven)
- Taman Permainan kanak-kanak Laman Beringin Selayang (Parkson sdn bhd)
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan menjalankan pemantauan yang berterusan agar hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan akan disalurkan kepada program-program yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan bukan untuk kegunaan pasaraya tersebut sendiri.
-
Setakat ini berapa banyak syarikat yang telah mengambil bahagian dalam kempen ini dan berapa banyak wang yang dibayar oleh para pengguna untuk membeli beg plastik pada hari Sabtu?
Setakat bulan Oktober 2010, sebanyak 74 pasaraya/peruncit di sekitar Selangor telah menyertai Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini. (senarai dilampirkan) dan jumlah hasil kutipan caj 20 sen bagi sepanjang kempen ini berlangsung tidak dapat dipastikan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, sebanyak lebih kurang 4 juta beg plastik berjaya diselamatkan hasil daripada kempen ini.
List of Partners in ‘No Plastic Bag Day’ Campaign by Selangor State Government (20 Oct 2010) No. Company Name 1 GCH (M) Sdn Bhd – Giant Hypermart 2 IKANO Sdn Bhd – IKEA 3 Sunway Pyramid Sdn Bhd 4 Magnificient Diagraph Sdn Bhd – Carrefour 5 99 Speedmart Sdn Bhd 6 GCH Retail (M) Sdn Bhd – Guardian Cawangan Selangor 7 Econsave Cash & Carry (PD) Sdn Bhd 8 Kumpulan Farmasi Vitacare Sdn Bhd 9 The Store Corporation Berhad 10 Parkson Corporation Sdn Bhd 11 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd 12 Aeon Co (M) Bhd 13 Classic Bonita Sdn Bhd – Elianto, Bonita, Tiamo 14 1 Utama Shopping Centre 15 Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd 16 Goin’ Places Sdn Bhd – Goin Places Winter Apparel 17 Hektar Premier Sdn Bhd – Subang Parade 18 Able Potential Sdn Bhd (ITMAS) – Aoneplus 19 Action IT Solution Sdm Bd (USJ 19) – Aoneplus 20 Caring Pharmacy Sdn Bhd 21 Tropicana Life Sdn Bhd 22 Tesco Stores (M) Sdn Bhd 23 Planete Enfants Sdn Bhd 24 Mydin Mohamed holdings Berhad 25 IT Hyperstore (M) Sdn Bhd – E@Curve 26 Tiens Health Development (M) Sdn Bhd 27 Golden Screen Cinema Sdn Bhd – 1U, Summit, Tropicana, IOI, Klang Shaw Centre Point
28 HSL E&E Corp (M) Sdn Bhd 29 Yves Rocher – Luxor YRM Sdn Bhd 30 Magic Clothing Alterations (Subang Parade) 31 BV Eyecare (M) Sdn Bhd – BetterVision (Subang Parade) 32 Mirac Jaya Sdn Bhd (Subang Parade) 33 Johnson fitness (M) Sdn Bhd (Subang Parade) 34 D&J Collection (Subang Parade) 35 Bintang Retail Industries Sdn Bhd 36 Memory Lane (M) Sdn Bhd (Subang Parade) 37 Speedy Video Distributors Sdn Bhd (Subang Parade) 38 Kilauan Lestari Sdn Bhd (Subang Parade) 39 Memory Lane (M) Sdn Bhd (Sg Chua, Kajang) 40 Pasaraya Badurun 41 Baby Villa Sdn Bhd List of Partners in ‘No Plastic Bag Day’ Campaign by Selangor State Government (20 Oct 2010) No. Company Name 42 Baby Cottage Sdn Bhd (Subang Parade) 43 Warta Superstore (Batu Caves) Sdn Bhd 44 EK HARDWARE DIY (M) SDN. BHD 45 SACC Mall 46 MPH Bookstores Sdn Bhd – 47 Rampai Niaga Sdn Bhd – The Body Shop 48 QUESTEAM SDN. BHD. – The FaceShop (Tropicana City) 49 Pets More Sdn Bhd 50 Kat-Iye Boutique Sdn Bhd (Subang Parade) 51 KK Group – KK Supermart 52 HiTS Collection (SACC) 53 Nando’s (SACC) 54 Turkuaz Sdn Bhd (SACC) 55 Qamilla Collection (SACC) 56 Sunway Giza- Kota Damansara 57 Green Life Organic Enterprise 58 Sinma Jewellery Centre Sdn Bhd (Klang Parade) 59 Cziplee Books & Stationery (Kajang) Sdn Bhd 60 Speedy Video Distributors Sdn Bhd (Klang Parade) 61 Rumix Station (Klang Parade) 62 RenRen Bookshop Sdn Bhd (Klang Parade) 63 Big Bookshop Sdn Bhd 64 Pizza Pah Foods Sdn Bhd (PKNS Bangi) 65 Ikatan Ria Enterprise (PKNS Bangi) 66 Nur Nilam Sari Centre (PKNS Bangi) 67 Seloka Sukma Sdn Bhd – Bathroom Accessories 68 BMS Organics 69 Syarikat Elektrik Tong Seng Sdn Bhd 70 Wings Leather Enterprise (Subang Parade) 71 Classic Bonita Sdn Bhd – Elianto (Subang Parade) 72 ~H2O – Luxor YRM Sdn Bhd 73 Little Green Planet Sdn Bhd 74 Forever 21 (1Utama)