Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

41) CUKAI TAKSIRAN DALAM KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kadar jumlah kenaikan cukai taksiran mengikut jenis-jenis premis pemilikan harta dalam Kawasan PBT dalam tahun 2009 dan 2010.

    Buat masa ini, tiada kenaikan cukai taksiran di kawasan PBT. Walau bagaimanapun, dari segi jumlah kutipan, kesemua PBT menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Perbandingan kutipan cukai taksiran PBT Negeri Selangor bagi bulan September tahun 2009 dan September 2010 adalah seperti berikut:

     

    PBT September 2009 (RM Juta) September 2010 (RM)
    MBSA 129.95 134.85
    MBPJ 140.34 143.45
    MPK 114.16 114.41
    MPAJ 65.26 66.54
    MPSJ 128.29 136.88
    MPS 66.91 69.11
    MPKj 53.25 57.76
    MPSp 33.13 35.75
    MDKS 7.95 9.66
    MDHS 17.19 18.25
    MDKL 15.52 15.62
    MDSB 2.67 2.85
  2. Apakah asas-asas dan rasionalnya cukai taksiran dinaikkan?

    Cukai taksiran dikenakan ke atas sesuatu hartanah atau pegangan adalah bagi membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan, pembangunan, penyelenggaraan serta pentadbiran kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang mana tujuan akhirnya adalah untuk memberikan kemudahan, keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di kawasan tersebut.

    Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, cukai taksiran bagi sesuatu hartanah atau pegangan akan dinaikkan atau dibuat pindaan kepada Senarai Nilaiannya sekiranya hartanah tersebut iaitu bangunan atau kediaman dibuat pengubahsuaian yang melibatkan perubahan keluasan lantai.

    Selain itu, perubahan perancangan pada sesuatu kawasan turut mempengaruhi kenaikan cukai taksiran contohnya, kawasan pertanian yang telah diubah menjadi kawasan perumahan.

    Cukai taksiran yang dikenakan terhadap tanah-tanah kosong turut akan meningkat sekiranya tanah-tanah kosong tersebut dibangunkan. Begitu juga dengan perubahan penggunaan pada sesuatu hartanah atau pegangan. Sebagai contoh, hartanah jenis kediaman digunakan sebagai pusat asuhan kanak-kanak.

Lampiran

Tiada Lampiran.