Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

37) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek-projek yang sedang dijalankan oleh pihak PKPS bagi memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir

    Projek-projek yang sedang dijalankan oleh PKPS merangkumi aktiviti perladangan, penternakan, perikanan dan pengilangan. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

    Bil Projek Mula Operasi Aktiviti
     

    1.

     

    Ladang Kelapa Sawit

     

    i.      Ladang Sungai   Panjang,

    Daerah Sabak Bernam

     

    ii.     Ladang Jelutong Jati,

    Daerah Sabak Bernam

    iii. Ladang Kerling, Daerah

    Hulu Selangor

     

    iv.   Ladang Editas, Daerah Gua

    Musang

     

    v.    Ladang Irat, Daerah

    Kinabatangan, Lahad Datu

     

    vi.   Ladang Jagoharmoni,

    Daerah Kinabatangan,

    Lahad Datu

     

     

     

     

     

     

     

    1995

     

     

    1997

     

     

    2008

     

     

    2003

     

     

    2001

     

     

    2001

     

    Pengeluaran buah kelapa sawit

     

     

     

    2.

     

    PKPS Bukit Tinggi Fish Farm

    Sdn. Bhd., Daerah Gombak

     

    2002

     

    Pengeluaran benih ikan air tawar khususnya ikan keli dan tilapia.

     

     

    3.

     

    PKPS Farm Mart Sdn. Bhd.,

    Daerah Gombak

     

    2000

     

    Penternakan ikan tilapia untuk pasaran tempatan dan Singapura.

     

     

     

    4.

     

    PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.

    –     Kompleks Pasar Borong Selangor, Daerah Petaling

     

     

    1999

     

    a)    Penyewaan lot peniagaan ikan, daging, sayur dan buah-buahan kepada orang ramai.

     

    b)    Jumlah lot perniagaan di Pasar Borong Selangor ialah 310 lot.

     

     

    Bil Projek Mula Operasi Aktiviti
     

    5.

     

    Projek Lembu Integrasi, Daerah

    Sabak Bernam

     

    2000

     

    a)   Penternakan lembu pedaging secara integrasi di dalam ladang kelapa sawit bagi mengurangkan kos makanan ternakan dan penyelenggaraan ladang. Jumlah lembu pedaging ialah 450 ekor.

     

    b)   Penjualan lembu-lembu pedaging kepada pasaran tempatan.

     

    c)   Bekerjasama dengan

    Jabatan      Perkhidmatan Veterinar dalam perlaksanaan projek lembu pawah.

     

    6.

     

    POLENS (M) Sdn. Bhd., Daerah

    Petaling

    –     Kilang memproses dan membungkus produk herba

     

    1994

     

    a)    Pemprosesan dan pembungkusan makanan kesihatan berasaskan herba dan madu.

     

    b)    Merangkumi pengeluaran produk jenama sendiri,

          pembungkusan kontrak dan

    “trading”.

     

     

    7.

     

    SOPIC Sdn. Bhd., Daerah

    Gombak

    –     Ladang buah-buahan

     

     

    2002

     

    Pengeluaran buah-buahan tropika yang mempunyai permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa.

     

     

    8.

     

    Projek Tanaman Kontan,

    Daerah Kuala Selangor dan

    Sepang

    –     Ubi kayu, nanas dan tebu

     

    2009

     

    Penanaman tanaman kontan untuk membekalkan bahan mentah kepada pengusaha IKS dalam industri makanan ringan.

     

     

    9.

     

    Pusat Latihan Akuakultur

    PKPS, Daerah Gombak

     

    2005

     

    Menjalankan aktiviti kursus untuk peserta dalam teknik penternakan ikan air tawar.

     

     

    Bil Projek Mula Operasi Aktiviti
     

    10.

     

    Projek Ternakan Ayam Daging,

    Daerah Sabak Bernam

     

    2010

     

    a)   Penternakan ayam daging dengan kerjasama Syarikat Chareon Pokphand iaitu syarikat kedua terbesar di dunia dalam industri penternakan ayam.

     

    b)   Kapasiti pengeluaran ialah 672,000 ekor setahun (96,000 ekor setiap pusingan x 7 pusingan setahun).

     

     

    11.

     

    Projek Lembu Tenusu, Daerah

    Sabak Bernam

     

    2010

     

    Penternakan 116 ekor  lembu tenusu bagi membekalkan susu segar ke pasaran tempatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

     

  2. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan prestasi pencapaian ladangladang kelapa sawit milik PKPS ?

    PKPS mempunyai enam (6) buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang Sungai Panjang, Ladang Jelutong Jati, Ladang Kerling, Ladang Irat, Ladang Jagoharmoni dan Ladang Editas. Selain daripada itu, PKPS juga sedang membangunkan dua (2) buah ladang baru pada tahun ini iaitu Ladang Bukit Tamu, Daerah Hulu Selangor dan Ladang Tanjung 12, Daerah Kuala Langat.

      i.LADANG SUNGAI PANJANG, SABAK BERNAM

    Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:

      RM (juta)
    Pendapatan 2.49
    Perbelanjaan 1.70
    Keuntungan 0.79

    Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah  seperti berikut:

    Tahun Yield Per Hectar
    2006 11.8
    2007 11.1
    2008   9.7
    2009 13.9
    2010 (Jan – Sep) 15.1

    Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 20.0 mt/ha.

    ii.LADANG JELUTONG JATI, SABAK BERNAM

    Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:

      RM (juta)
    Pendapatan 3.14
    Perbelanjaan 0.98
    Keuntungan 2.16

    Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah  seperti berikut:

    Tahun Yield Per Hectar
    2006 18.3
    2007 16.4
    2008 14.5
    2009 19.4
    2010 (Jan – Sep) 15.7

    Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 22.0 mt/ha.

     

    iii.LADANG KERLING, HULU SELANGOR

    Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:

      RM (juta)
    Pendapatan 0.42
    Perbelanjaan 0.35
    Keuntungan 0.07

    Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah  seperti berikut:

    Tahun Yield Per Hectar
    2006 Belum matang
    2007 Belum matang
    2008 Belum matang
    2009 2.3
    2010 (Jan – Sep) 2.4

    Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 3.5 mt/ha.

     

    iv.LADANG IRAT, LAHAD DATU

    Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:

      RM (juta)
    Pendapatan 4.41
    Perbelanjaan 2.27
    Keuntungan 2.14

    Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah  seperti berikut:

    Tahun Yield Per Hectar
    2006 14.5
    2007 12.4
    2008 11.1
    2009 12.6
    2010 (Jan – Sep) 10.9

     

    Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 16.0 mt/ha.

    v.LADANG JAGOHARMONI, LAHAD DATU

    Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:

      RM (juta)
    Pendapatan 4.05
    Perbelanjaan 1.62
    Keuntungan 2.43

    Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah  seperti berikut:

    Tahun Yield Per Hectar
    2006 18.8
    2007 21.7
    2008 15.7
    2009 19.8
    2010 (Jan – Sep) 17.2

    Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 24.0 mt/ha.

    vi.LADANG EDITAS, GUA MUSANG

    Prestasi ladang sehingga September 2010 adalah seperti berikut:

      RM (juta)
    Pendapatan 2.16
    Perbelanjaan 1.69
    Keuntungan 0.47

    Pengeluaran hasil BTS ladang (Yield Per Hectare) bagi tahun 2006 hingga 2010 adalah  seperti berikut:

    Tahun Yield Per Hectar
    2006 10.3
    2007   6.9
    2008   8.8
    2009   5.5
    2010 (Jan -– Sep)   6.3

    Unjuran hasil BTS Jan – Dis 2010 ialah 9.0 mt/ha.

  3. Sila senaraikan butiran terperinci mengenai prestasi pencapaian terkini anakanak syarikat milik PKPS ? Sila berikan butir-butir

    Pada tahun 2009, PKPS memiliki sebanyak tujuh (7) buah anak syarikat dan pada tahun 2010, bilangan tersebut telah berkurrangan kepada lima (5) buah syarikat sahaja. Ini berikutan daripada tindakan PKPS menutup dua (2) buah anak syarikat kerana tidak mempunyai prospek perniagaan yang cerah. Anakanak syarikat yang masih beroperasi seperti berikut:-

     

    Syarikat Aktiviti Penda

    (R

    Jan – 201

    patan

    M) Sep

    0

    Perbelanjaan

    (RM)

    Jan – Sep

    2010

    Untung/(Rugi)

    (RM)

    Jan – Sep

    2010

    SOPIC Sdn. Bhd. i.       Ladang Buah-  buahan

     

    ii.      Projek Ayam      Daging

     

    iii.     Projek Lembu     Tenusu

     

    iv.     Getah Balak

     

    1,145, 233 2,447,460 (1,302,227)
      Peringkat pemb angunan  
         
    POLENS (M) Sdn. Bhd. Kilang pemprosesan dan

    Pembungkusan Produk.

     

    1,784,

     

    436 1,779,168

     

    5,268
    PKPS Agro Industries Sdn.

    Bhd.

     

     

    Kompleks Pasar Borong

    Selangor

    4,036,

     

     

     

    210 3,156,532 879,676
    PKPS Farm

    Mart Sdn. Bhd.

     

    Penternakan ikan tilapia

     

    2,891,

     

    478 4,370,454

     

    (1,478,976)

     

    PKPS Bukit

    Tinggi Fish Farm Sdn. Bhd.

     

    Pembenihan

    ikan air tawar seperti keli dan tilapia

    1,368, 673 1,204,324 164,349

    Berdasarkan jadual di atas, faktor kerugian SOPIC Sdn. Bhd. sebanyak RM1,302,227/- adalah disebabkan oleh ladang kelapa sawit milik syarikat telah diambil alih oleh PKPS manakala ladang Selangor Fruits Valley dalam proses baikpulih. Pada masa yang sama,  projek ayam daging di Daerah Sabak Bernam masih dalam proses pembangunan dan dijangka mula menjana pendapatan pada akhir tahun 2010.

    Faktor kerugian PKPS Farm Mart Sdn. Bhd. pula iaitu sebanyak RM1,478,976/- adalah didorong oleh serangan penyakit yang melanda industri penternakan ikan tilapia di seluruh negara pada akhir tahun 2009. Syarikat ini dalam proses baikpulih kerana pusingan ternakan ikan tilapia daripada peringkat telur hingga penjualan ikan akan mengambil masa selama 8 bulan. Ini bermakna penjualan ikan akan mula pulih mulai Oktober 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.