Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

35) PROGRAM RUMAH PRIHATIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik bilangan rumah dibina dan penerima tahun 2010 mengikut kaum dan daerah?

    Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri memperolehi sumbangan sebanyak RM 4.1 Juta daripada Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri untuk membiayai Program Kerajaan Prihatin. Statistik bilangan rumah dibina dan penerima  tahun 2010 mengikut kaum dan daerah adalah seperti berikut: b)

    BIL DAERAH BILANGAN RUMAH JUMLAH
    BINA BARU BAIK PULIH
    Melayu  

    Cina

     

    India

     

    Melayu

    Cina  

    India

    1 Hulu Langat 5  

     

    2

     

    9

     

    16
    2 Petaling 4 5 9
    3 Sepang 5 1 16 22
    4 Sabak Bernam 1  

     

    2

     

    6

     

    1

    10
    5 Kuala

    Selangor

    14  

    2

     

    1

     

    15

    1  

    1

    34
    6 Gombak 2 8 10
    7 Klang 12 1 1 9 1 24
    8 Hulu

    Selangor

    5  

    2

     

    2

     

    4

     

    1

    14
    9 Kuala Langat 16  

     

    2

     

    15

     

    33
    Jumlah 62 7 11 87 1 4 172
  2. Apakah mekanisme yang telus digunakan untuk memilih penerima rumah yang layak?

    Pemilihan penerima yang layak untuk menerima bantuan di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang di pengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, YB Tuan Dr A Xavier Jayakumar. Setiap borang yang diterima akan ditapis dan di siasat oleh pihak Pejabat Daerah dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Mesyuarat Jawatankuasa dianggotai dan di wakili oleh semua wakil daripada daerah dan agensi-agensi berkaitan. Pemilihan penerima adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan pertimbangan oleh ahli Jawatankuasa yang bersidang.

Lampiran

Tiada Lampiran.