Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

25) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Satu permohonan tanah dan laporan lengkap untuk sekolah-sekolah Tamil di Kawasan DUN Bukit Melawati telah diserahkan pada tahun lalu. Apakah status permohonan tersebut ?

    Berdasarkan hasil lawatan ke atas tapak yang dipohon didapati bahawa tapak tersebut berbeza dengan tapak yang telah dikemukakan di dalam pelan. Tapak yang dicadangkan adalah melibatkan tanah milik. Permohonan rasmi untuk pengambilan tanah dengan pengesahan bahawa pampasan yang mencukupi disediakan masih tidak dikemukakan ke pentadbiran ini.

  2. Adakah Pejabat Tanah sudah memulakan rundingan dengan syarikat -syarikat perladangan dan tuan punya tanah bagi tujuan tersebut ?

    Memandangkan tanah tersebut merupakan tanah hak milik, rundingan perlu dilakukan di antara pemohon dengan tuan tanah / Kementerian Pendidikan.

     

  3. Bilakah perkara tersebut akan diselesaikan ?

    Pejabat Tanah akan memproses permohonan tersebut setelah mendapat dokumen yang lengkap serta pengambilan tanah dibuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.