Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
15) PROGRAM BLUE PRINT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah penerima bantuan peralatan di bawah program blue print di daerah Klang dan Petaling dan jelaskan aduan kenapa peralatan ini lambat di hantar walaupun telah diluluskan
Jumlah penerima bantuan peralatan bagi daerah Klang adalah seramai 41 orang dan Petaling seramai 45 orang. Kelewatan adalah disebabkan oleh beberapa perubahan dari aspek prosedur perolehan dan perbekalan bagi pelaksanaan Program Bantuan Peralatan Blueprint. Pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang diadakan pada Ogos lepas, Jawatankuasa telah bersetuju agar peruntukan bagi pelaksanaan program peralatan Blueprint diturunkan kepada Pejabat Daerah yang berkenaan untuk pelaksanaan. Justeru, apabila prosedur tersebut telah diperkemaskan, aspek pelaksanaan akan dapat dipercepatkan dan proses pemantauan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Peralatan tersebut telah pun mula diedarkan kepada para penerima bantuan dan Jawatankuasa akan memantau serta memastikan pelaksanaan program bantuan ini diteruskan dengan lebih efisien memandangkan jumlah permohonan yang diterima juga semakin meningkat.