Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

12) DENGGI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan operasi dan program yang telah dilaksanakan untuk membanteras nyamuk Aedes mengikut PBT dalam Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga kini.

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan bertungkus-lumus untuk mengekang penularan wabak demam denggi. Pelbagai usaha dan program telah dilaksanakan oleh PBT di Negeri Selangor. Dari tahun 2008 hingga September 2010 sebanyak 491,964 operasi telah dijalankan oleh PBT di seluruh negeri Selangor. Daripada operasi tersebut PBT juga telah melaksanakan program-program basmi denggi bersama penduduk, sekolah, IPTA dan IPTS, tapak-tapak pembinaan dan juga kilang-kilang di mana kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan ‘hot spot’ denggi. Bagi tempoh 2008 hingga September 2010, sebanyak 1,198 program telah dilaksanakan yang melibatkan program seperti gotong- royong, ceramah, seminar denggi, pengedaran risalah denggi dan lain-lain program.

    Dalam usaha membanteras wabak denggi, PBT di negeri Selangor giat menjalankan operasi-operasi pemeriksaan premis-premis makanan, tapak-tapak pembinaan, sekolah dan kawasan kediaman. Daripada pemeriksaan tersebut sebanyak RM 778,275.00 (tujuh ratus tujuh puluh lapan ribu dua ratus tujuh puluh lima ringgit) kompaun telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun jumlah kompaun ini tidak melibatkan empat (4) PBT iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam kerana pengeluaran kompaun kepada premis yang melanggar peraturan hanya dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

     

    PBT 2008 2009   2010 (September)
    Bilangan Program Bilangan Operasi Pemeriksaan Bilangan

    Kompaun

    Bilangan Program Bilangan Operasi Pemeriksaan Bilangan

    Kompaun

    Bilangan Program Bilangan Operasi Pemeriksaan Bilangan

    Kompaun

    MBPJ

     

    12 48 44,730.00 12 48 26,500.00 8 48 27,780.00
    MPK

     

    99 72,365 750.00 101 96,722 900.00 55 48,278 450.00
    MPSJ

     

    11 19856 189,650.00 5 27777 109,250.00 35 40687 171,350.00
    MPKJ

     

    2 105 82,500.00
    MPS

     

    65 288 35,000.00 75 288 48,000.00 60 240 35,000.00
    MDKL

     

    15 134 700.00 30 670 900.00 17 216 450.00
    MBSA

     

    4 53566 1648.00 5 47399 771.00 3 36501 898.00
    MPAJ

     

    64 7675 280.00 100 14,071 420.00 45 8,467 348.00
    MPSP

     

    31 5732  (kompaun dikeluarkan oleh PKD) 33 7311  (kompaun dikeluarkan oleh PKD) 28 3137  (kompaun dikeluarkan oleh PKD)
    MDKS

     

    48 73  (kompaun dikeluarkan oleh PKD) 53 85  (kompaun dikeluarkan oleh PKD) 45 96  (kompaun dikeluarkan oleh PKD)
    MDHS

     

    36  (kompaun dikeluarkan oleh PKD) 51  (kompaun dikeluarkan oleh PKD) 50 81  (kompaun dikeluarkan oleh PKD)
    JUMLAH 385 159,737 RM 272,758.00 465 194,371 RM 186,741.00 348 137,856 RM 318,776.00

     

    *Nota :   1. MDSB – Operasi dan program basmi denggi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

    1.       MPKJ hanya mengambil alih kawasan operasi denggi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada tahun 2010.

     

  2. Nyatakan bilangan operasi pemeriksaan dan kompaun yang dikeluarkan mengikut PBT dari tahun 2008 sehingga kini

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Nyatakan bentuk bantuan yang boleh dan akan diberikan oleh PBT kepada masyarakat di kawasan bawah seliaannya jika ingin melaksanakan program gotong royong membasmi denggi.

    Kerajaan Negeri dan khususnya PBT Negeri Selangor mengalu-alukan program gotong- royong yang ingin dianjurkan oleh penduduk. Antara bentuk bantuan yang boleh disumbangkan oleh PBT kepada penduduk adalah seperti memberi khidmat nasihat berhubung denggi serta pameran denggi. Selain itu PBT juga membekalkan risalah untuk diedarkan kepada orang ramai. Di samping itu juga, pihak penganjur atau penduduk boleh memohon kepada PBT untuk membekalkan ubat pembunuh jentikjentik (abate) secara percuma untuk diedarkan kepada penduduk. Bagi meningkatkan kesedaran penularan wabak denggi di kalangan penduduk, pihak PBT juga membekalkan kain rentang (banner)  di kawasan-kawasan hot spot sebagai peringatan kepada penduduk bahawa kawasan yang mereka diami di landa wabak denggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.