Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

4) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan atau 'road-map' untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada Alam Flora Sdn. Bhd.?

    Sehingga kini masih belum ada keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil alih operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPPA) dari Alam Flora Sdn Bhd (AFSB).

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat PKNS untuk mengkaji viability pengambilalihan operasi PSPPA di bandar Klang dan juga syarikat Core Competencies Sdn Bhd (CCSB) untuk operasi di bandar Kajang.

    Jika sekiranya, konsep dan mekanisme kerja yang diaplikasikan di kedua bandar ini berjaya, Kerajaan Negeri akan menimbangkan duplikasi konsep ini kepada bandarbandar lain di Selangor.

     

  2. Apakah rancangan dan strategi kerajaan dalam menggalakkan kitar semula ?

    Kerajaan Negeri sentiasa menggerakkan program-program untuk menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat awam. Antara kempen yang dijalankan sejak dari dulu ialah Kempen 3R iaitu ‘Reduce, Reuse and Recycle’ dan di bawah inisiatif Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik telah dilaksanakan dan dilihat kempen ini mendapat sambutan dan majoriti masyarakat telah menerima pakai idea yang diterapkan kepada mereka.

     

  3. Apakah rancangan kerajaan dan 'road -map' dalam menggunakan teknologi pelupusan sampah yang mesra alam?

    Kerajaan Negeri sentiasa mencari kaedah-kaedah pelupusan sisa pepejal yang terbaik untuk diaplikasikan. Sehingga ke hari ini, kita telah mempunyai satu loji yang menggunakan teknologi Refuse Derived Fuel (RDF) di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Teknologi ini digunakan untuk menukar sisa pepejal yang dilupuskan kepada tenaga elektrik.

    Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri telah meneliti beberapa teknologi lain yang difikirkan sesuai untuk diguna pakai seperti Material Resources Facility (MRF) dan Mechanical Biological Treatment (MBT) yang akan menukarkan sisa pepejal yang dilupuskan kepada tenaga atau produk yang berasaskan barangan kitar semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.